FOUR POINTS BY SHERATON KUALA LUMPUR, CITY CENTRE TAMPILKAN KOLEKSI KUIH BULAN MOONLIT MEMENTO 2.0
Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre meraikan musim Mid-Autumn dengan kembalinya koleksi Kuih Bulan Moonlit Memento 2.0 di restoran ikoniknya, Sichuan Kitchen. Tahun ini, koleksi eksklusif ini tampil dengan versi lebih sihat dan berkualiti tinggi, sambil mengekalkan sentuhan klasik yang diinspirasikan daripada kotak tin vintaj.
Pilihan Lebih Sihat & Halal
Kuih Bulan tahun ini merupakan versi klasik yang diperbaharui – halal dan kurang gula, selaras dengan gaya hidup lebih sihat masa kini. Dua perisa baharu yang istimewa ialah Matcha Omochi dan Pure Lotus Single Yolk, menawarkan rasa moden penuh kenikmatan buat penggemar kuih bulan.
Kotak Tin Vintaj Bertemakan Biàn Liàn
Rekaan tin vintaj yang elegan menyerlahkan elemen Biàn Liàn (seni penukaran wajah opera Sichuan), simbolik kepada pelbagai wajah kehidupan kita. Kotak ini bukan sekadar pembungkus – ia boleh dijadikan hiasan rumah atau hadiah yang istimewa.
Set Perisa Pilihan:
- Matcha Omochi
- Pure Lotus Single Yolk
- Red Bean
- White Lotus Single Yolk
📅 Tempoh Koleksi: Bermula 16 Ogos 2024
💰 Harga: RM168 satu set (termasuk cukai)
⏳ Promosi Awal: Diskaun 15% sehingga 16 Ogos 2025
📦 Tempahan awal kini dibuka.
📲 Untuk maklumat lanjut, layari sichuankitchenkl.com, hubungi +603 2706 9099 / WhatsApp +6012 2665 987 atau emel ke fpklcc.dining@fourpoints.com.
Comments
Post a Comment