CITA RASA MINNAN DI PUTRAJAYA: KOLABORASI KULINARI LE MÉRIDIEN X SHERATON GRAND XIAMEN


Le Méridien Putrajaya mempersembahkan satu pengalaman gastronomi istimewa yang menggabungkan warisan kulinari China dan Malaysia melalui promosi Minnan Cuisine Specialty Promotion di Restoran Le Mei. Bermula dari 3 hingga 16 November 2025, para pengunjung berpeluang menikmati keaslian masakan Minnan yang dibawakan khas oleh Chef Lou Qiqi dari FU GONG, Sheraton Grand Xiamen, China.

Chef Lou Qiqi: Seni Memasak Sebagai Gaya Hidup

Dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam dunia kulinari, Chef Lou bukan sekadar pakar masakan Fujian dan hidangan fusion, malah beliau merupakan anak didik kepada Master Chef Chen Yongchuan yang tersohor. Antara pencapaian beliau termasuk Anugerah Emas Khas dalam Pertandingan Kemahiran Masakan Pekerja Bandar Xiamen ke-23. Falsafah beliau—memasak bukan sekadar kemahiran, tetapi cara hidup—terpancar dalam setiap sajian yang dihidangkan.

Menu Eksklusif: Cita Rasa Minnan yang Autentik dan Memikat Selera

Chef Lou telah menyediakan menu khas yang menampilkan pelbagai rasa dan tekstur dari wilayah Minnan. Antara hidangan yang wajib dicuba:

Sup Rusuk Lembu Rebus Gaya Quan Zhou – sup berempah yang dimasak perlahan, penuh rasa dan kehangatan.

Itik Rebus Halia Gaya Minnan – aroma halia yang menyengat dan rasa yang lazat.

Gulungan Ayam Goreng Lima Rempah – rangup di luar, berlapisan rasa di dalam

Kambing Tumis Halia dan Kicap Premium – daging kambing yang empuk dan kaya umami

Ikan Sand Whiting Bakar dengan Lada Szechuan – pedas menyengat, lembut dan segar.

Sotong Kukus dengan Cili Kuning Jeruk dan Rumpai Laut China – masam segar yang menyegarkan

Lala Rebus dalam Sup Ayam – kesegaran lala terserlah dalam sup yang penuh rasa.

Telur Dadar Tiram Gaya Cina – hidangan klasik yang disukai ramai

Pulut Kukus Gaya Minnan bersama Ketam Bertelur dalam Daun Teratai – aroma tradisi yang lazimnya dihidangkan di majlis keramaian seperti perkahwinan.

Mee Hoon Goreng Heng Hwa dengan Makanan Laut 

Jangan Lepaskan Peluang Ini

Promosi khas ini berlangsung dari 3 hingga 16 November 2025, namun kehadiran Chef Lou hanya dari 3 hingga 8 November. Inilah peluang eksklusif untuk merasai keaslian masakan Minnan yang jarang didapati di Malaysia, disediakan oleh salah seorang chef paling berpengaruh dari China.

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Restoran Le Mei di Le Méridien Putrajaya.

Le Mei, Le Méridien Putrajaya
Waktu operasi: 12:00 tengahari - 9:30 malam
Telefon: +60 3-8689 6868







Comments

Popular posts from this blog

CADBURY DAIRY MILK TAMPIL DENGAN IDENTITI JENAMA BAHARU

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN