CITARASA SANTAPAN DESA KEMBALI DI KUALA LUMPUR TOWER – “RASA ASLI, SUASANA EKSKLUSIF”

Menjelang ketibaan Ramadan Al-Mubarak 1447 Hijrah, Kuala Lumpur Tower sekali lagi mempersembahkan bufet tahunan yang dinanti ramai, Citarasa Santapan Desa – “Rasa Asli, Suasana Eksklusif”, yang akan berlangsung dari 21 Februari hingga 16 Mac 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd., Khairil Faizal Hj Othman

Bufet ikonik ini dibawakan di Sky Mega Hall, ruang makan premium setinggi 292 meter dari aras bumi, menawarkan pengalaman gastronomi desa yang eksklusif dengan gabungan keaslian hidangan kampung, suasana desa mewah yang direka semula secara moden, serta panorama 360 darjah Kuala Lumpur dari senja hingga malam.


Tema tahun ini, “Rasa Asli, Suasana Eksklusif”, memberi nafas baharu kepada nostalgia kampung dengan sentuhan elegan. Tetamu akan dibawa menyelami warisan masakan Melayu melalui rasa, aroma dan tekstur yang dirancang teliti oleh pasukan kulinari Kuala Lumpur Tower bersama Knight Cuisines Sdn. Bhd.


Bufet ini menampilkan lebih 200 pilihan hidangan desa yang dipersembahkan melalui empat set menu rotasi mingguan, menjadikan setiap kunjungan unik. Antara hidangan tradisi yang ditawarkan termasuk kerabu mangga, kerabu pucuk paku, ulam-ulaman segar, sup tulang berempah, sup ayam berherba, rendang tok, ayam masak merah, ayam percik desa, kari kepala ikan, ikan talapia bakar dan sambal tempoyak daun kayu.

Popia Vietnam

Ayam Masak Merah Ros

Daging Dendeng

Pepahat Masak Lada Hitam

Ikan Cencaru Bakar Belah Bersambal

Udang Masak Masam Manis

Siput Sedut Cili Api Batang Keladi

Sate

Aneka Gulai Kawah

Gerai memasak secara langsung menjadi tarikan utama dengan pilihan seperti kambing golek, char kuey teow kampung, mee kari berkuah pekat, sate ayam dan daging, cucur udang panas serta apam balik rangup. Suasana ini dilengkapi aroma masakan yang membangkitkan memori hidangan air tangan ibu dan nenek, menjadikan pengalaman bukan sekadar santapan tetapi penuh sentimental.


Pencuci mulut dan minuman tradisi turut disediakan, antaranya ABC, kuih-muih Melayu seperti seri muka, kuih lapis dan talam pandan, pengat pisang, bubur kacang hijau, agar-agar santan, serta minuman seperti air bandung, teh tarik dan sirap limau.


Bagi mengekalkan standard eksklusif, bufet ini hanya menerima 220 tetamu setiap hari. Tetamu akan menikmati ruang makan premium serba luas, pemandangan KLCC dan panorama Kuala Lumpur dari jendela eksklusif, layanan profesional oleh pasukan hospitaliti terlatih serta pilihan tempat duduk berhampiran jendela yang terhad. Kemudahan lain termasuk surau, kerusi bayi, ruang menunggu selesa, perkhidmatan shuttle, pasukan keselamatan bertauliah dan koordinasi pramusaji profesional.


Harga bufet ditawarkan pada kadar berpatutan dengan promosi Early Bird bermula 1 November hingga 31 Disember 2025. Harga biasa untuk dewasa ialah RM179 pada hari minggu dan RM199 pada hujung minggu, manakala warga emas dan kanak-kanak ditawarkan pada kadar lebih rendah. Promosi Early Bird memberikan potongan harga sehingga 30 peratus, termasuk caj perkhidmatan 10 peratus dan SST 6 peratus.


Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd., Khairil Faizal Hj Othman, berkata Citarasa Santapan Desa bukan sekadar bufet tetapi sebuah pengalaman gastronomi yang mengangkat warisan desa ke pentas premium Kuala Lumpur Tower. Beliau menegaskan bahawa acara ini kekal menjadi pilihan keluarga, korporat dan tetamu antarabangsa, sambil menjemput orang ramai menikmati sentuhan eksklusif 2026 yang pasti meninggalkan kenangan indah Ramadan.


Tempahan kini dibuka dan tertakluk kepada kapasiti. Untuk pertanyaan dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian +603 2630 3033. Tawaran Early Bird hanya sah sehingga 31 Disember 2025. Citarasa Santapan Desa – rasa asli desa, suasana eksklusif, hanya di Kuala Lumpur Tower. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://kltower.com/

Comments

Popular posts from this blog

“SENTUHAN WIRA”: FILEM AKSI SUKAN TENTANG DETIK BERSEJARAH KEMENANGAN PIALA THOMAS 1992 KINI DILANCARKAN

BARISAN PELAKON "SENTUHAN WIRA" DIUMUM, PENGGAMBARAN DIJANGKA BERMULA AWAL 2026