THE GARDENS MALL HIDUPKAN “A CHINOISERIE CONNECTION” SEMPENA TAHUN BARU CINA 2026
Sempena sambutan Tahun Baru Cina, The Gardens Mall tampil dengan hiasan penuh seni oriental yang digabungkan dengan sentuhan moden Barat melalui tema A Chinoiserie Connection. Bermula 28 Januari hingga 22 Februari 2026, pusat beli-belah ini berubah wajah dengan dekorasi berwarna-warni dan landskap indah, menjadikan setiap sudut sebagai lokasi bergambar eksklusif untuk merakam momen berharga bersama insan tersayang.
Selain dekorasi memukau, pengunjung turut berpeluang menikmati ganjaran istimewa apabila berbelanja keperluan Tahun Baru Cina di The Gardens Mall. Ahli Maybank Cardmembers dan The Gardens Club Members yang berbelanja minimum RM1,100 dalam satu resit, atau RM1,200 bagi kaedah pembayaran lain, boleh menebus balang seramik eksklusif bersama pek angpau perayaan. Penebusan ini terhad kepada 120 transaksi sehari dengan terma dan syarat dikenakan.
Suasana perayaan turut diperkaya dengan persembahan dan aktiviti hujung minggu. Antara tarikan utama ialah tarian singa akrobatik yang penuh kehebatan serta persembahan tarian The Elegance of Chinoiserie yang membawa semangat musim perayaan ke pentas. Bengkel interaktif seperti Fan Embellishment Workshop dan Herbs Aromatherapy Sachet Workshop juga disediakan, membolehkan pengunjung membawa pulang cenderahati hasil tangan sendiri.
The Gardens Mall turut memperkenalkan Chinoiserie Connection Postal Service, sebuah inisiatif amal di mana pengunjung boleh menyumbang RM8 kepada Beautiful Gate Foundation For The Disabled untuk mendapatkan poskad eksklusif. Pengunjung boleh menulis ucapan peribadi dan alamat penerima sebelum memasukkannya ke dalam peti pos khas, dan pihak mall akan menguruskan penghantaran sebagai tanda kasih sempena tahun baharu.
Bagi mereka yang gemar berkongsi di media sosial, kempen Chinese New Year Social Rewards berlangsung dari 30 Januari hingga 27 Februari 2026. Peserta hanya perlu mengambil gambar dekorasi Tahun Baru Cina di The Gardens Mall, menghasilkan kolaj empat gambar dan memuat naik ke Instagram dengan kapsyen “My Chinoiserie Connections: @_____ & @_____” serta menambah tanda pagar #thegardensmallmy #tgmcny2026. Pemenang berpeluang memenangi baucar beli-belah bernilai RM100.
Ikuti @thegardensmallmy di Instagram dan pastikan akaun anda dalam tetapan “Public” untuk menyertai. Maklumat lanjut mengenai sambutan Tahun Baru Cina boleh didapati di laman Instagram rasmi The Gardens Mall.
Comments
Post a Comment