APPLECRUMBY® PERKENAL RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KANAK-KANAK DI MALAYSIA BRAND DAY 2026
Jenama penjagaan bayi tempatan, Applecrumby®, membuat penampilan sulung di pentas Malaysia Brand Day 2026 yang berlangsung di KLCC dari 8 hingga 10 Januari lalu. Acara tersebut menjadi saksi kepada pelancaran rasmi rangkaian Penjagaan Kulit Kanak-Kanak terbaharu, sekali gus menandakan komitmen berterusan Applecrumby® dalam menyediakan produk yang lembut, selamat dan berasaskan sains untuk menyokong kesejahteraan keluarga di setiap peringkat tumbesaran anak.
Pada majlis itu, Applecrumby® turut menerima pengiktirafan daripada Parenthood Records sebagai “Lampin Pertama di Malaysia dengan Teras Penyerap Bebas Klorin Sepenuhnya yang Dipatenkan”. Pengiktirafan ini menyerlahkan peranan jenama tersebut dalam memperkukuh aspek keselamatan dan ketelusan dalam industri lampin, selain mengukuhkan komitmen jangka panjang terhadap inovasi yang memberi impak positif kepada ibu bapa dan bayi di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Applecrumby®, Sean Tan, berkata pengiktirafan itu mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam memastikan keselamatan dan ketelusan produk. “Ia menegaskan tanggungjawab kami untuk menawarkan produk yang boleh dipercayai ibu bapa pada setiap peringkat tumbesaran anak mereka, sambil membuktikan bagaimana inovasi Malaysia dapat terus memberikan kualiti, penjagaan dan keyakinan kepada keluarga,” katanya.
| Applecrumby® secara rasmi melancarkan Penjagaan Kulit Khusus, menyediakan solusi penjagaan khusus untuk keperluan harian dan rutin sebelum tidur. |
Ditubuhkan pada tahun 2012, Applecrumby® kini menjadi peneraju dalam penjagaan bayi dengan rekod jualan melebihi 4 bilion lampin di seluruh dunia. Jenama ini diiktiraf melalui piawaian kualiti yang ketat, pensijilan industri serta pelbagai anugerah berprestij termasuk Forbes Asia 100 to Watch, Parents’ Choice Awards dan Motherhood Choice Awards.
Sempena Malaysia Brand Day 2026, Applecrumby® memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit kanak-kanak yang terdiri daripada penyelesaian Penjagaan Kulit Asas (Basic) dan Khusus (Special). Produk ini dirumus dengan bahan lembut dan selamat untuk kulit, sejajar dengan prinsip teras Applecrumby® yang mengutamakan kelembutan, keselamatan dan ketenangan minda ibu bapa.
Perintis Bersama Applecrumby®, Jesmine Tan, berkata pelancaran ini menandakan evolusi jenama daripada pakar penjagaan bayi kepada penyedia penyelesaian menyeluruh untuk kanak-kanak. “Sejak permulaan kami, fokus tidak pernah berubah — menyediakan penyelesaian yang lembut dan diyakini ibu bapa. Pelancaran ini bukan sekadar produk baharu, tetapi menegaskan komitmen kami terhadap kesejahteraan keluarga di setiap peringkat tumbesaran,” jelasnya.
Bagi memeriahkan sambutan, Applecrumby® turut memperkenalkan koleksi edisi terhad Malaysia Brand Day yang berinspirasikan budaya tempatan. Antara yang ditawarkan termasuk beg tote rekaan khas, pembungkusan tisu basah berilhamkan kuih tradisional, serta lampin AirPlus Mini.
Sepanjang acara tiga hari itu, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif, permainan reruai dan penebusan hadiah percuma yang direka khas untuk keluarga. Selain itu, ibu bapa juga dialu-alukan membawa sejumlah kecil lampin tidak digunakan daripada mana-mana jenama untuk ditukar dengan Applecrumby® AirPlus Mini Pack (10 keping) secara percuma.
Pelancaran ini menyaksikan Applecrumby® terus memperkukuh dominasinya sebagai jenama tempatan pilihan utama keluarga di Malaysia, di samping memacu momentum kecemerlangan di persada antarabangsa.
Comments
Post a Comment