MULA AWAL & KEKAL BERSERI: RAHSIA PENJAGAAN KULIT KWONG LING LING BERSAMA EUCERIN


Pelakon, ikon gaya dan usahawan, Kwong Ling Ling menemui peminat-peminatnya di Malaysia sambil berkongsi rahsia penjagaan kulitnya bersama Eucerin. Baginya, menjaga kulit seawal mungkin dan mengekalkan rutin yang ringkas adalah kunci utama. Dalam kesibukan jadual penggambaran yang padat serta komitmen mengembangkan perniagaan, beliau percaya rutin penjagaan kulit yang berkesan dan mudah membantu mengekalkan keyakinan terhadap keadaan kulit setiap hari.

Daripada parut jerawat yang degil hingga pigmentasi akibat pendedahan matahari, bintik hitam bukan sekadar isu penampilan, malah boleh menjejaskan keyakinan serta ekspresi diri. Berteraskan lebih 120 tahun kepakaran dalam bidang dermatologi, Eucerin terus memperkukuh kedudukannya sebagai Jenama Penjagaan Wajah Derma No.1 di Malaysia, dengan menggabungkan sains dermatologi yang terbukti bersama rutin penjagaan harian yang ringkas, bagi membantu memberikan perubahan ketara dan berkekalan dalam rawatan hiperpigmentasi.


1. Mulakan Awal Sebelum Bintik Hitam Muncul Ketara

Hiperpigmentasi lazimnya bermula di lapisan bawah kulit sebelum bintik hitam kelihatan pada permukaan. Justeru itu,penjagaan awal memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan tona kulit yang sekata dan sihat dalam jangka masa panjang.

“Saya sering menerima mesej daripada peminat yang bertanya tentang cara saya menjaga kulit. Daripada pengalaman sendiri, saya belajar bahawa memulakan rutin penjagaan kulit lebih awal walaupun sebelum memasuki usia 30-an sangat membantu mengelakkan bintik hitam menjadi lebih degil pada masa hadapan. Itulah sebabnya saya memilih untuk bermula awal bersama Eucerin,” kongsi Kwong Ling Ling.

Pendekatan ini selari dengan data sains di sebalik rangkaian Eucerin Spotless Brightening, yang dirumus khas untuk menyasarkan bintik hitam, sama ada yang kelihatan mahupun yang masih tersembunyi di bawah permukaan kulit daripada puncanya. Ia sekali gus menggalakkan amalan penjagaan kulit secara awal dan berfokus kepada pencegahan, bagi kawalan bintik hitam yang lebih berkesan dalam jangka masa panjang.

Dari kiri - Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura; Kwong Ling Ling, Pengacara Jenama Eucerin; dan Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia serta COO Health & Beauty Asia.

2. Amalkan Rutin Yang Ringkas

Dengan jadual penggambaran yang panjang serta penggunaan solekan yang kerap, Ling Ling mengutamakan penjagaan kulit yang mudah dan praktikal, selari dengan gaya hidupnya. Rutin dua langkah Spotless Brightening menjadi pilihannya, bermula dengan Spotless Brightening Boosting Essence, formulasi ringan yang membantu menguatkan lapisan perlindungan kulit, meningkatkan kelembapan serta menyokong penampilan kulit secara menyeluruh. Ia kemudian diikuti dengan Spotless Brightening Booster Serum, yang bertindak pada punca hiperpigmentasi untuk mengurangkan bintik hitam dan membantu mencegah kemunculannya semula.

“Jadual harian saya selalunya sangat padat, jadi saya perlukan penjagaan kulit yang ringkas dan mudah diamalkan. Saya sukakan Spotless Brightening Booster Serum kerana ia cepat meresap dan tidak terasa berat, walaupun ketika saya bergerak dari satu lokasi penggambaran ke lokasi lain atau bersolek, namun tetap membantu menjadikan kulit kelihatan lebih sekata dan berseri,” tambah Ling Ling.

3. Percaya Pada Sains Dermatologi Yang Terbukti, Bukan Sekadar Mengikut Trend

Daripada mengejar trend penjagaan kulit, Ling Ling lebih memilih solusi yang disokong oleh kajian saintifik serta kepakaran dermatologi.

Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura

Menyokong pendekatan ini, Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura, menjelaskan, “Rangkaian Eucerin Spotless Brightening diperkaya dengan Thiamidol, bahan anti-bintik hitam berpaten kami yang terbukti berkesan secara klinikal dan dermatologi dalam mengurangkan semua jenis bintik hitam, sama ada yang kelihatan di permukaan mahupun yang tersembunyi di bawah kulit. Dengan kadar kejayaan pengurangan bintik hitam sehingga 97%, hasil yang ketara boleh dilihat seawal dua minggu. Apabila penjagaan kulit disokong oleh sains yang kukuh, ia bukan sahaja memberikan hasil, malah membina keyakinan.” 

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian Eucerin Spotless Brightening serta manfaat Thiamidol, sila layari https://www.eucerin.my/products/spotless-brightening/dual-serum

Comments

Popular posts from this blog

QBEEP LANCAR RESQMEALS: LANGKAH PRAKTIKAL TANGANI KRISIS OBESITI DAN PEMBAZIRAN MAKANAN

“PUASA TETAP PUASA & RAYA TETAP RAYA”, BERSAMA RTM SEGALANYA ISTIMEWA

MI SEDAAP DAN HOCK KEE KOPITIAM BERGANDING BAHU SEMPENA RAMADHAN DENGAN SAJIAN CITA RASA MALAYSIA YANG ISTIMEWA