MICHELIN RAI TAHUN BAHARU DENGAN TAWARAN TAYAR TERBAIK UNTUK MODEL KERETA POPULAR DI MALAYSIA
Michelin Malaysia terus memudahkan pemandu di Malaysia untuk menaik taraf kenderaan mereka sempena meraikan musim perayaan. Menerusi harga promosi yang menarik serta kempen pulangan tunai “Double Happiness”, pelanggan boleh menikmati penjimatan hebat sambil mempertingkatkan prestasi kenderaan masing-masing dengan tayar premium yang menawarkan Performance Made to Last.
Dari sekarang hingga 31 Mac 2026, pelanggan boleh menikmati harga promosi istimewa bagi pelbagai corak dan saiz tayar MICHELIN. Promosi ini menawarkan harga yang kompetitif untuk saiz tayar popular dari 15 inci hingga 19 inci dan ke atas, termasuk rangkaian MICHELIN ENERGY XM2+, MICHELIN PRIMACY 5, MICHELIN PRIMACY SUV+, MICHELIN PILOT SPORT 5 serta MICHELIN LTX TRAIL ST, sekali gus membolehkan pemandu memilih padanan yang sempurna sesuai dengan keperluan kenderaan peribadi mereka.
Selain itu, Michelin Malaysia turut memperkenalkan kempen Pulangan Tunai “Double Happiness” bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya yang bakal tiba.
Pelanggan yang membeli minimum dua unit tayar MICHELIN terpilih sepanjang tempoh kempen akan layak secara automatik untuk menerima jaminan pulangan tunai eDompet berdasarkan saiz tayar yang dibeli:
- 15 inci hingga 16 inci: hingga RM30 untuk dua tayar atau RM60 untuk empat tayar
- 17 inci hingga 18 inci: hingga RM60 untuk dua tayar atau RM120 untuk empat tayar
- 19 inci dan ke atas: hingga RM100 untuk dua tayar atau RM200 untuk empat tayar
Di samping itu, pelanggan juga berpeluang memenangi ganjaran pulangan tunai hingga RM4,000 menerusi peraduan mingguan. Pemenang akan membawa pulang nilai pembelian mereka hingga RM1,000 bagi setiap tayar. Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu menjawab satu soalan mudah melalui laman mikro kempen “Double Happiness” dan menghantar bukti pembelian. Seramai sepuluh pemenang akan diumumkan setiap minggu sepanjang tempoh kempen.
Promosi ini ditawarkan di pengedar MICHELIN yang mengambil bahagian di seluruh negara sementara stok masih ada, dengan pembelian terhad kepada minimum dua tayar dan maksimum empat tayar bagi setiap nombor telefon atau kad pengenalan untuk penebusan pulangan tunai.
Jangan lepaskan peluang terhad ini untuk mempertingkatkan keselamatan dan keselesaan anda dengan penjimatan istimewa sempena musim perayaan!
Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat penuh promosi Michelin Malaysia, sila layari laman web rasmi di https://www.michelin.com.my/promotions.
Selain itu, untuk mencari pengedar MICHELIN terdekat yang mengambil bahagian, sila layari https://www.michelin.com.my/auto/dealer-locator.
.jpg)
Comments
Post a Comment