INISIATIF “THE CHAIN OF CIVILIZATION - DIGITAL INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE CO-CREATION INITIATIVE” BUAT PENAMPILAN SULUNG PERINGKAT GLOBAL DI KUALA LUMPUR

Inisiatif “The Chain of Civilization - Digital Intangible Cultural Heritage (ICH) Co-Creation Initiative” membuat penampilan global sulungnya di Kuala Lumpur, Malaysia dalam siri jelajah inisiatif ini di luar China, hari ini. Sebagai tuan rumah antarabangsa yang pertama, pameran inisiatif ini akan dilangsungkan di LaLaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC) bermula pada 27 Februari hingga 1 Mac 2026.

(Dari Kiri - Kanan) Ms. Emilia Tan, Batik Artist & Founder of myBatik; Datin Sri Penny Liao, President of MCCTA; Ms. Vanessa Wan, General Manager of Beijing Poly Art Co.,Ltd.; Zhou Shuying, National Intangible Cultural Heritage Representative Inheritor; Mr. Lee Thai Hung, Deputy Director-General of Malaysia Tourism Promotion Board; Mr. Zheng Xuefang, Minister of the Embassy of the People's Republic of China in Malaysia; Mr. Zhu Xiaojian, Director of the Cultural Heritage Protection Committee of the China Association for the Promotion of Culture; Ms. Frovar Wang, Vice President of Beijing Poly Art Co.,Ltd.; Mr. Ng Swee Kheng, President of The Federation of Calligraphy Society Malaysia; Mr. Lee Han Lim, Malaysian Chinese Cultural Society Secretary General

Inisiatif “Chain of Civilization – Digital Intangible Cultural Heritage Co-creation Initiative” merupakan salah satu program pertukaran budaya antarabangsa utama bagi tahun 2025. Berteraskan konsep “rantaian”, projek ini melambangkan keterhubungan dan pembangunan bersama antara tamadun. Inisiatif ini dirancang untuk dilaksanakan di pelbagai negara melalui tema tahunan yang berbeza. Dengan menggabungkan inovasi digital dan warisan budaya, program ini bertujuan membentuk sebuah “gerbang budaya” baharu bagi era kontemporari, mempersembahkan budaya China melalui pendekatan yang lebih inovatif, memupuk persefahaman antara tamadun serta memperkukuhkan penanda baharu dalam landskap pertukaran budaya antarabangsa.

Upacara Perasmian ‘Chain of Civilization — Digital Intangible Cultural Heritage Co-creation Initiative’. 

Terbuka kepada orang ramai, pameran yang bertajuk “Chinese Visions on Paper” ini menumpukan kepada seni guntingan kertas Yuxian, sebuah Warisan Budaya Tidak Ketara Kebangsaan China yang diiktiraf. Melalui teknologi digital dan reka bentuk ruang yang imersif, pameran ini menonjolkan bagaimana pertukangan tradisional boleh diterjemah semula dalam konteks kontemporari, sekali gus memberikan momentum baharu kepada pertukaran budaya Malaysia-China.

Warisan Tidak Ketara Sebagai Jambatan Pertukaran Budaya Malaysia-China

"Seni guntingan kertas mencerminkan inti pati kebijaksanaan Timur dan menjadi wadah yang membawa kenangan pertukaran berabad-abad antara China dan Malaysia. Seni potongan kertas telah menjadi sebahagian daripada program tetap dalam pertukaran budaya antara kedua-dua negara," kata Menteri Kedutaan China di Malaysia, Zheng Xuefang. “Acara hari ini bukan sekadar mempamerkan satu warisan budaya tidak ketara China, tetapi merupakan kesinambungan ikatan budaya yang merentasi gunung dan lautan. Kami berharap teknologi digital dapat menjadi sayap yang mengukuhkan usaha pemeliharaan dan pewarisan warisan budaya, membolehkan budaya tradisional Malaysia menembusi ke China serta warisan budaya tidak ketara China mendekati generasi muda Malaysia,” tambah beliau lagi.

Menteri Kedutaan China di Malaysia, Zheng Xuefang.

Bagi Pengarah Jawatankuasa Perlindungan dan Pemanfaatan Warisan Budaya, Persatuan Pembangunan Seni China, Zhu Xiaojian, beliau menyatakan bahawa seni guntingan kertas adalah lebih daripada sekadar seni rakyat. “Ia membawa aspirasi masyarakat untuk kehidupan yang lebih baik dan melambangkan restu keharmonian serta penyatuan semula. Ia membawa aspirasi masyarakat untuk kehidupan yang lebih sejahtera serta melambangkan restu keharmonian dan penyatuan. Kelangsungan warisan tidak ketara bukan sahaja bergantung kepada pemuliharaan, malah kepada penyebaran yang berkesan. Dalam era digital, integrasi antara warisan dan teknologi membuka ruang baharu bagi komunikasi budaya.”

Pengarah Jawatankuasa Perlindungan dan Pemanfaatan Warisan Budaya, Persatuan Pembangunan Seni China, Zhu Xiaojian

Beliau turut menambah bahawa program ini berhasrat untuk membawa warisan budaya tidak ketara Cina ini melalui visual digital, penglibatan dalam talian, dan pengalaman imersif dalam menjadikan ia lebih mudah untuk dihayati dan relevan kepada masyarakat global.

Lebih 40 Karya Mencerminkan Ekspresi Kontemporari Estetika Timur

Pameran ini mempersembahkan lebih daripada 40 karya asli, termasuk siri "Twelve Zodiac" dan "Flora & Fauna of Fortune" oleh Zhou Shuying, pewaris generasi ketiga seni guntingan kertas Yuxian. Dibawah bimbingan bapanya, Zhou telah menguasai teknik tradisional seperti melakar, mengukir, dan mewarna. Dengan asas ini, beliau kemudian menginovasikan seni ini daripada hiasan tingkap tradisional kepada karya tematik kontemporari dan ruang seni awam.

Turut dipamerkan adalah karya daripada siri "Thousand-Pattern Project" oleh artis kontemporari Cui Xiaoqing. Dengan mentafsir semula struktur karakter Cina dan corak guntingan kertas tradisional, siri ini meneroka hubungan antara seni rakyat dan bahasa reka bentuk moden, memberikan pandangan baharu terhadap warisan tidak ketara ini.

Encik Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia”

Pemasangan Imersif dan Pengalaman Interaktif

Berbeza daripada format pameran statik yang biasa, acara ini memperkenalkan ruang digital 'Cube' yang imersif. Melalui pancaran cahaya dan visual bergerak, para pengunjung dapat menghayati kehalusan perincian serta estetika seni guntingan kertas dalam persekitaran pelbagai deria.

Di pusat pameran terdapat 'Master Workstation' membolehkan pengunjung menyaksikan demonstrasi langsung proses tradisional, termasuk melakar, menggunting, dan mewarna. Ini memberikan peluang yang jarang dilihat kepada orang awam untuk menyaksikan sendiri ketelitian pertukangan tersebut secara dekat.

Di samping itu, Zon Kad Ucapan Interaktif AI pula menggabungkan tradisi dengan teknologi, membolehkan pengunjung mencipta karya seni digital peribadi yang diilhamkan oleh motif guntingan kertas serta menghasilkan imej tersuai dengan segera.

Zhou Shuying – Pewaris Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kebangsaan, mempersembahkan demonstrasi langsung seni guntingan kertas.

Pada hari pembukaan, Zhou Shuying dan seorang pakar batik Malaysia telah mengadakan sesi perkongsian bersama, menonjolkan persamaan dalam motif, warna, dan teknik pertukangan tangan antara kedua-dua bentuk seni tradisional tersebut.

“Warisan budaya tidak ketara bukan sahaja memperkukuh pertukaran budaya antara Malaysia dan China, malah mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan budaya," kata Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia. “Budaya merupakan ikatan penting antara kedua-dua negara serta jambatan yang memupuk keharmonian dan persefahaman bersama. Melalui seni warisan budaya tidak ketara ini, masyarakat dapat memahami budaya antara satu sama lain dengan lebih mendalam, sekali gus mengeratkan lagi hubungan Malaysia–China," tambahnya lagi.

Latar Belakang dan Penganjur
Inisiatif “Chain of Civilization – Digital Intangible Cultural Heritage Co-Creation Initiative” ini disenaraikan sebagai satu inisiatif pertukaran budaya yang penting.

Organisasi Peneraju:
Persatuan Promosi Kebudayaan dan Kesenian China

Penganjur Bersama:
Beijing Poly Art Co., Ltd.
Jawatankuasa Perlindungan dan Pemanfaatan Warisan Budaya, Persatuan Pembangunan Seni China

Penganjur:
Jawatankuasa Penganjuran “The Chain of Civilization”

Rakan:
Pusat Maklumat Internet China

Tempoh Pameran:
27 Februari - 1 Mac 2026

Lokasi:
LaLaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC), Kuala Lumpur

 

Comments

Popular posts from this blog