FESTIVAL WARISAN SELERA SELATAN 2026 KEMBALI LEBIH MERIAH, BAWAKAN HAMPIR 200 HIDANGAN ISTIMEWA TRADISI JOHOR, MELAKA & NEGERI SEMBILAN
Selepas kejayaan penganjuran Festival Warisan Selera Timur tahun lalu dengan catatan kehadiran lebih dari 12,000 pengunjung, kali ini Festival Warisan Selera kembali meneruskan misinya dalam memartabatkan khazanah makanan tradisi negara menerusi penganjuran edisi kedua, Festival Warisan Selera Selatan 2026 (FWSS 2026).
Membawa tema “Rasa
Asli Menu Tradisi, Kini Di Bangi Lagi”, festival selama tiga hari ini bakal
berlangsung pada 26 sehingga 28 Jun 2026 bertempat di Evo Mall,
Bandar Baru Bangi bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Berdasarkan
sambutan luar biasa edisi terdahulu, FWSS 2026 kini tampil dengan skala yang
lebih besar dan menyasarkan jumlah kehadiran lebih dari 15,000 pengunjung
sepanjang tiga hari penganjuran, sekali gus mengukuhkan kedudukannya
sebagai platform utama dalam meraikan kepelbagaian makanan warisan Malaysia.
Festival Warisan
Selera Selatan 2026 merupakan anjuran Evo Mall dan diuruskan oleh A.M.A
Infinity Solution dengan sokongan rakan strategik termasuk Tourism
Malaysia bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Majlis Perbandaran Kajang
(MPKj), TEKUN Nasional serta Persatuan Penduduk Bangiku.
Kerjasama strategik
ini menjadi sebahagian daripada usaha bersama dalam memperkukuhkan promosi
pelancongan domestik, memperkasa komuniti, menyokong usahawan tempatan serta
memastikan warisan budaya dan kulinari negara terus dipelihara.
Menurut Ketua
Pegawai Eksekutif Evo Mall, Zetty Rahim, FWSS 2026 menghimpunkan lebih 25
vendor makanan ikonik dari tiga negeri selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri
Sembilan dengan hampir 200 variasi hidangan warisan, resipi keluarga dan
sajian turun-temurun yang menjadi lambang identiti negeri masing-masing.
“Antara tarikan
utama termasuk nama-nama makanan tradisi popular seperti Mee Rebus Haji
Wahid dari Johor, Induk Salai dari Negeri Sembilan serta Asam Pedas Melaka
yang cukup sinonim dengan keaslian rasa warisan tempatan.
“Pengunjung bakal
dibawa menjelajah rasa tiga negeri menerusi pelbagai hidangan asli seperti Nasi
Ambeng, Asam Pedas Melaka, Masak Lemak Cili Api, Masak Lemak Salai, Burasak,
Lemang Periuk Kera, Rendang Maman Warisan, Apam Johol, Kuih Sopang, aneka kuih
tradisional, dodol dan keria gula Melaka serta pelbagai lagi menu nostalgia
yang semakin sukar ditemui.
“Festival ini dilihat
mampu menjadi medan untuk meraikan cerita di sebalik setiap sajian daripada
warisan keluarga, budaya masyarakat dan air tangan generasi terdahulu agar
terus dikenali oleh generasi baharu,” jelasnya.
Sepanjang tiga hari
penganjuran, Festival Warisan Selera Selatan 2026 bakal menyajikan
pelbagai pengisian menarik yang menggabungkan elemen makanan, seni, budaya dan
hiburan untuk seisi keluarga.
Antara tarikan yang
disediakan termasuk persembahan artis tanah air, demo masakan menu warisan
mewakili Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, pertandingan memasak “Variasi
Rasa 3 Negeri”, pertandingan busana tradisional negeri-negeri Selatan serta
pertandingan mewarna keluarga “2 Generasi 1 Potret”.
Dalam usaha
menghidupkan lagi pengalaman warisan, pengunjung turut berpeluang menikmati
persembahan kebudayaan seperti Zapin dan Kuda Kepang, menyertai Kuiz
Warisan, serta mengikuti sesi sembang santai bersama tokoh dan personaliti
jemputan yang berkongsi kisah di sebalik seni, budaya dan warisan tempatan.
Sebagai tanda
penghargaan kepada pengunjung, festival ini turut membawakan inisiatif agihan
200 hidangan warisan percuma, selain cabutan bertuah dan penganjuran Anugerah
Vendor FWSS 2026 bagi meraikan usahawan makanan tradisi yang terus komited
memelihara khazanah rasa negara.
Kemeriahan festival
turut diserikan dengan kehadiran selebriti, pempengaruh dan personaliti tanah
air termasuk Haziq Rosebi, Siti Nordiana, Naqiu Boboy, Nizam Jentik-Jentik,
Adzrin Adzhar, Papayen, Dzulfqar Dzolkifley, Seorangaen, Squiggly CK dan Sara
Anna.
Elemen kebudayaan
turut diketengahkan menerusi persembahan istimewa daripada Kelab Tarian
Rentak Hanung Seputra dan Akar Seni Malaysia bagi menghidupkan lagi suasana
warisan sepanjang festival berlangsung.
Penganjuran FWSS
2026 turut mendapat sokongan daripada barisan penaja yang bersama-sama
menjayakan aspirasi mengangkat warisan makanan, komuniti dan jenama tempatan.
Penghargaan khas
diberikan kepada barisan penaja Festival Warisan Selera Selatan 2026
iaitu Flerr Air Freshener, Adabi Malaysia, Sara Anna, Patek by Papayen
Batik, Billo Malaysia dan Azue Event Hall atas sokongan serta komitmen
dalam merealisasikan sebuah festival yang meraikan keunikan rasa dan budaya
Malaysia.
Festival Warisan
Selera Selatan 2026 bukan sekadar sebuah acara makanan, malah menjadi
sebahagian daripada gerakan berterusan untuk memastikan khazanah kulinari
negara terus dihargai, dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.
Melangkah ke
hadapan, siri jelajah rasa ini bakal diteruskan menerusi perancangan
penganjuran Festival Warisan Selera Utara 2027, yang akan membawa
pengunjung meneroka pula kepelbagaian sajian tradisi serta khazanah kulinari
negeri-negeri utara tanah air.
Perjalanan ini
menjadi kesinambungan kepada misi Festival Warisan Selera untuk
menjelajah keunikan rasa seluruh Malaysia satu negeri, satu cerita dan satu
warisan yang perlu terus diraikan.
Orang ramai
dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi merasai sendiri pengalaman
menjelajah warisan rasa tiga negeri dalam satu destinasi.
FESTIVAL WARISAN SELERA SELATAN 2026
📍 Evo Mall, Bandar Baru Bangi
📅 26, 27 & 28 Jun 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00
malam
“Rasa Asli Menu Tradisi, Kini Di Bangi
Lagi.”
Evo Mall merupakan pusat beli-belah yang dikelolakan oleh subsidiari Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu KITA Retail Management Sdn. Bhd.
.jpeg)
.jpeg)
Comments
Post a Comment