ULTRAMAN LIVE IN GENTING 2016-REVENGE OF BALTAN


Setelah cubaan Alien Baltan and Ultraman Belial membuat kacau bilau di Malaysia pada tahun 2015 berjaya dihalang oleh 8 Ultraman Brothers, kali ini Genting telah diserang oleh Dark Warrior Corps yang membawa kejahatan luarbiasa yang amat menakutkan.

Berjayakah Ultraman mematahkan serangan mereka dan mempertahankan Malaysia buat kali kedua?


KEJAHATAN KEMBALI KE GENTING
Penduduk bumi terkejut melihat Ultra Fighters yang selama ini Warriors of Light melakukan kemusnahan di sana sini. Rupa-rupanya ini semua adalah rancangan jahat Alien Baltan untuk memburukkan reputasi Ultraman dan mengelirukan Ultra Fighters.

Mangsa kekeliruan pertama ialah Ultra Seven apablia melihat kemunculan klon jahat dirinya sendiri dihasilkan melalui cermin ajaib ciptaan penjahat. Baltan kini punyai kekuatan dasyat dengan gabungan kejahatan Chaos Ultraman Calamity, Dark Lops Zero, Kaiser Darkness, Dark Zagi dan Evil Tiga.


10 KARAKTER ULTRAMAN
Kerana terlalu banyak karakter Ultraman jahat dan baik, agak susah dalam masa yang singkat untuk mengetengahkan kesemua mereka dalam penceritaan. Kali ini dua watak “muda” diberi keutamaan iaitu Ultraman Zero (kemunculan pertama 2010, anak kepada Ultra Seven) dan Ultraman X (kemunculan pertama 2015). Mereka dibantu oleh Ultraman, Victory, Ginga, Tiga, Seven dan mendapat nasihat serta tunjuk ajar dari Leo, Mother of Ultra dan Father of Ultra.


INTERAKTIF KREATIF
Setelah menonton pertunjukan pentas ‘Naruto Live Spectacle’ dan ‘Power Rangers Live’, saya mendapati ‘Ultraman Live In Genting 2016’ punyai paling banyak interaksi bersama penonton yang sangat kreatif dan efektif.

Bukan sekadar interaksi bercakap bersama karakter diatas pentas tetapi ia mempunyai 3 interaksi berlainan seperti latihan penyelerasan tangan dan mata dengan menembak raksasa di atas skrin paparan, latihan refleksi dan kerjasama kawalan bola dan akhir sekali, seorang adik bertuah akan dapat membantu memecahkan cermin ajaib ciptaan Baltan.

Paling unik, interaksi ini bukan saja untuk kanak-kanak tetapi orang dewasa pun akan seronok mengambil bahagian!


MESEJ POSITIF
Dalam keseronokan dan hiburan, terdapat juga elemen-elemen pengajaran positif diterapkan dalam pertunjukan ini. Sebagai contoh, di satu babak Ultraman Zero hilang arah kerana tidak tahu bagaimana untuk menewaskan penjahat.

Dia kemudiannya menemui gurunya Ultraman Leo untuk mendapatkan tunjuk ajar. Dalam satu lagi babak, kesemua Ultraman hilang semangat kerana berhadapan musuh yang sukar, Mother of Ultra muncul memberi nasihat supaya anak-anaknya terus berjuang.

Ini secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa guru dan ibu bapa amat penting dalam kehidupan semua penonton serta mesej jangan mudah menyerah kalah dalam menghadapi cabaran kehidupan.


PRODUKSI BERTARAF ANTARABANGSA
Selepas kejayaan memberangsangkan ‘Ultraman Live in Genting 2015’, Tsuburaya Productions dan One Universal Production mempertingkatkan lagi tahap produksi pertunjukan tahun ini.

Penceritaan menarik digabungkan dengan aksi perlawanan serta stunt, penggunaan wire, pyrotechnic, efek pencahayaan, projeksi video dan kesan audio, cukup memberi impak luar biasa kepada penonton. Karakter bukan sahaja akan beraksi di atas pentas tetapi akan menggunakan setiap ruang yang ada, jangan bimbang semua aksi adalah terkawal untuk menjaga keselamatan bersama.


PULANG MEMBAWA MEMORI
Setelah menonton wira-wira pujaan secara live, anda berpeluang membawa pulang bukan saja memori indah persembahan terunggul tetapi juga cenderahati anda bersama Ultraman.

Sesi bergambar bersama karakter Ultraman akan diadakan sebelum dan selepas pertunjukan dengan bingkai gambar unik. Bukan itu saja, di ruang legar Genting International Showroom juga menjual barangan memorabilia Ultraman edisi terhad seperti Kasut LED Ultraman X dan bermacam lagi.


TIKET
Ultraman Live In Genting 2016
Part 1: 5 Nov 2016 – 4 Dis 2016 dan Part 2 : 7 Dis 2016 – 2 Jan 2017, diadakan dua kali sehari iaitu 4 petang dan 8 malam. Tiket Ultraman Live In Genting berharga RM108(VIP), RM88(PS1) dan RM68(PS2). Potongan harga promosi juga turut diberi untuk pembelian awal (Early Bird) sebanyak 30% (Ahli Kad Genting Rewards) atau 20% (untuk bukan ahli).

Pihak Genting juga menawarkan pakej penginapan bersama tiket persembahan.

Ulasan & Foto oleh: Ezli Qamari

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.