“LAUGH DIE YOU – THE MOB” DI RW GENTING


Kemeriahan persembahan komedi “Laugh Die You – The Mob” terasa apabila tiga pelawak iaitu Mark Lee, Kuah Jenhan dan Jonathon Atherton berkongsi pentas di Resorts World Genting baru-baru ini.

Dibawakan oleh Popcorn Studios, persembahan ini menampilkan bukan sahaja komedi malah permainan interaksi dengan penonton dan juga nyanyian.

Jom kita lihat ulasan bergambar yang sempat team Femagonline rakamkan semasa persembahan.


Persembahan dimulakan dengan dengan dendangan beberapa lagu R&B dari penyanyi yang semakin meningkat naik, Micahel Leaner. Antara lagu yang didendangkan adalah Cry Me A River, Human Nature, Pillowtalk dan I Believe I Can Fly.


Penyanyi baru, Natalia Ng mempersembahkan sebuah lagu single terbarunya, Fly. Dia diiringi oleh beberapa penari latar dan seterusnya menyanyikan lagu duet dengan Michael Leaner.


Pelawak terkenal dari Singapura, Mark Lee memulakan persembahan komedi dengan lawak yang agak “dewasa”. Beliau terpaksa “tone down” lawaknya apabila ternampak seorang kanak-kanak di kalangan penonton.


Mark Lee menjemput beberapa penonton untuk bersamanya di pentas. Mereka disuruh mempamerkan otot-otot mereka untuk dihakimkan oleh para penonton. Pertandingan bina badan? Bukan. Sebenarnya Mark Lee telah menyuruh penonton untuk memilih peserta yang paling banyak bulu ketiak secara diam-diam tanpa diketahui oleh para peserta.


Mark memperkenalkan pelawak Malaysia, Kuah Jen Han dengan mengusik tentang berat badan jen Han yang semakin meningkat. Antara lawak Jen Han yang membuat penonton ketawa tidak kering gusi adalah perbandingan antara pelakon Hong Kong dengan Bollywood.


Jen Han mengimbau kembali ketika dia muncul buat pertama kali di pentas Genting International Showroom pada masa dia mula-mula berlakon.


Persembahan berehat seketika dan diikuti dengan sesi beramah mesra dengan “Dewa Kekayaan” yang menghadiahkan limau kepada penonton. Mark Lee juga mendendangkan beberapa buah lagu Tahun Baru Cina pada malam persembahan yang juga jatuh pada malam Chap Goh Meh.


Mark Lee meneruskan persembahan dengan “mengajar” peserta-peserta dari audien untuk belajar menyebut perkataan-perkataan Inggeris. Peserta yang menang sorak mendapat hadiah “jongkong emas” daripada Mark Lee.


Mark Lee bersama Jonathan Atherton yang kedua-duanya menetap di Singapura. Jonathan berasal dari Australia dan pandai berbahasa Melayu, Mandarin, Hokkien, Thai dan sebagainya.


Jonathon membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak dengan cerita dan pengalamannya tinggal di rantau Asia termasuk bagaimana dia mengelakkan diri daripada disaman polis trafik dan menggunakan Feng Shui untuk menyelamatkan rumah tangganya. Jonathon menamatkan persembahannya dengan berjenaka tentang seorang jurujual yang rasis yang ditemuinya di Malaysia.


Persembahan yang “solid” dan seimbang daripada pelawak dan penyanyi. Sememangnya tidak membosankan. Siri “Laugh Die You” yang masuk edisi yang keempat ini semakin rancak dan lawak.

Semoga ia dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Laugh Die You, sila LIKE lama Facebook https://www.facebook.com/laughdieyoukl/

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3