MEGADETH GEMPITAKAN KL DENGAN “DYSTOPIA”


Gergasi rock Heavy Metal, Megadeth menggegarkan Stadium Negara dalam konsert pertama mereka di Malaysia malam semalam. Konsert ini adalah sebahagian daripada konsert jejajah dunia untuk mempromosikan album Dystopia.

Ketua kumpulan Megadeth, Dave Mustaine berkata bahawa kejayaan konsert tersebut adalah satu kemenangan besar kepada rakyat Malaysia dan pencinta Heavy Metal, memandang konsert mereka pernah dibatalkan 16 tahun yang lalu.

Konsert Megadeth dibuka oleh kumpulan rock tempatan Massacre Conspiracy yang mempersembahkan tiga buah lagu.

Penyanyi/pemain guitar Dave Mustaine, pemain bass David Ellefson dan ahli baru pemain guitar Brazil, Kiko Loureiro dan pemain dram Belgium, Dirk Verbeuren mengganas di atas pentas dengan lagu-lagu klasik Megadeth dan juga tidak kurang daripdada enam buah lagu dari album terbaru mereka, Dystopia.

Antara lagu-lagu yang menjadi anthem malam kepada 3,500 hadirin adalah Trust, Sweating Bullets dan Symphony of Destruction. Dystopia juga pernah memenangi anugerah Grammy untuk persembahan metal terbaik. Album ini turut memuatkan lagu Poisonous Shadows, Post-American World dan The Threat Is Real.

Kehadiran Megadeth di Malaysia merancakkan suasana rock di tanahair yang mungkin agak hambar dengan ketiadaan nama-nama besar yang membuat persembahan.

Malam ditamatkan dengan kebingitan Holy Wars dan Peace Sells yang mengujakan setiap penggemar heavy metal yang hadir.

Konsert ini telah dibawakan khas oleh IME Malaysia, berjaya dilangsungkan dengan lancer walaupun terdapat bantahan daripada Belia PAS Selangor sebelum konsert.

Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat kami rakamkan di konsert Megadeth.












SET LIST:
INTRO
HANGAR 18
WAKE UP DEAD
IMDH
THREAT IS REAL
CONQUER OR DIE
LYING IN STATE
SWEATING BULLETS
TRUST
SHE WOLF
POISONOUS SHADOWS
FATAL ILLUSION
A TOUT LE MONDE
TORNADO
POST AMERICAN WORLD
DYSTOPIA
SYMPHONY
PEACE SELLS
HOLY WARS

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI