RESTORAN ULTRAMAN PERTAMA DI DUNIA DIBUKA DI MALAYSIA



Para penggemar Ultraman pastinya teruja dengan pembukaan kedai dan restoran yang bertemakan adiwira dari angkasa lepas ini di Malaysia! Ya, ia adalah yang pertama di dunia!


Diberi nama Ultra Heroes Official Shop & Restaurant, kedai ini terletak di pusat membeli-belah Glo Damansara! Secara eksklusif dibawa kepada anda oleh Circle Corp dan Tsuburaya (Jepun), sebuah kedai 4000 kaki persegi yang boleh menampung sehingga 120 orang.
 
Syurga untuk pencinta Ultra Heroes – di sini anda boleh mencari bukan sahaja mainan dan keperluan untuk kanak-kanak, tetapi juga koleksi untuk orang dewasa.
 

Anda boleh memiliki lebih daripada 300 jenis produk Ultra Heroes dan juga 65 patung Ultra Heroes yang unik!



Antara barangan yang boleh didapati adalah kemeja-T, alatulis, cawan, topi dan banyak lagi.



Restoran menawarkan tempat yang “cool” untuk menikmati hidangan yang juga bertemakan Ultraheroes. Sesuai untuk semuaperingkat umur, menu yang ditawarkan melebihi 60 hidangan termasuk hidangan terpilih seperti “Ultraman Tiga Burger”



Setiap minggu, watak-watak Ultraman bakal membuat penampilan untuk bermesra dengan pengunjung-pengunjung.



Tunggu apa lagi? Jom kita ke Ultra Heroes Official Shop & Restaurant hari ini juga!

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/UltraHeroesShop

Comments

Popular posts from this blog

SEPARUH NAFAS CINTA: SENGSARA PERKAHWINAN PAKSA DAN IBU MENTUA DARI NERAKA

ASTRO ANGKAT TEMA ‘BERSAMA LAGI JADI’, BAWA BARISAN KANDUNGAN KEROHANIAN DAN DRAMA TERBAIK RAMADAN 2026

HOCK KEE MASUK FASA PERTUMBUHAN BAHARU DENGAN PELABURAN CREADOR FOUNDATION DAN CENSURIA SERTA PELANTIKAN BELLA ASTILLAH SEBAGAI DUTA JENAMA

TOMOK DEDIKASIKAN KASIH SAYANG KELUARGA DALAM SINGLE “BUAH HATI”