BUFET RAMADAN: RAJAWALI COFFEE HOUSE 2018


Bufet Ramadan 2018 di Rajawali Coffee House, Hotel Awana menampilkan lebih 100 hidangan enak masakan tradisi dari serata negara.

Antaranya Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Beriani dengan pilihan kari dan lauk pauk seperti Gulai Lemak Daging Salai, Asam Pedas Ikan Pari, Rendang Tok, Patin Masak Tempoyak, Pajeri Terung.

Rajawali Coffee House Hotel Awana menyediakan hidangan utamanya iaitu Kambing Bakar Australia dengan pecicah sos Lada Hitam dan sos Pudina. 

Dengan tema mengembalikan nostalgia kehidupan kampung menu khas seperti Sate, Otak-otak, Sup Gear Box, Sup Perut dan Sup Daging bersama Roti Banggali juga seleksi mi tidak ketinggalan dalam bufet Ramadan seperti Laksa Kedah, Laksa Johor, Mi Jawa, Mi Bandung dan Mi Rebus.

Nasi Briyani & Lauk-pauk
 

Kambing Golek











Bufet Ramadan 2018 di Rajawali Coffee House Hotel Awana Resorts World Genting bermula 18 Mei hingga 13 Jun 2018 diikuti pula Bufet Aidilfitri pada 15 dan 16 Jun 2018. Harga yang ditawarkan adalah RM110 (dewasa) dan RM55 (kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan warga emas).

Sebarang tempahan, sila hubungi 03-64369000.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?