PELANCARAN “GIRANG SYAWAL TIBA” DI MYDIN


Ramadan datang lagi! Untuk meraikan bulan Ramadan dan Syawal, MYDIN telah menyediakan kempen “Girang Syawal Tiba” yang menawarkan seleksi kurma untuk berbuka puasa, program – program dan peraduan yang pelbagai untuk disertai, Bazar Ramadan yang menjual pelbagai menu untuk berbuka dan juga menawarkan pelbagai koleksi pakaian dan kelengkapan hari raya dengan harga yang berpatutan untuk para pelanggan.


Majlis Pelancaran Girang Syawal Tiba 2018 telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd beserta barisan Ahli Lembaga Pengarah MYDIN yang lain. Turut hadir juga, rakan-rakan media dan para pembekal.

Istimewanya juga pada tahun ini, buat pertama kalinya, MYDIN membuat kejutan dengan mengeluarkan sebuah lagu raya berjudul ‘Girang Syawal Tiba’ seiring dengan tema Ramadan Raya MYDIN pada tahun ini.

Lagu raya tersebut dinyanyikan oleh enam artis di bawah naungan syarikat rakaman FMC iaitu Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Sissy Imann, Zoey Rahman dan Ernie Zakri.

Dengan adanya lagu raya ‘Girang Syawal Tiba’ ini, akan menghangatkan lagi suasana sambutan hari raya pada tahun ini. Bukan itu sahaja, penggambaran klip video raya juga diadakan di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong. Selain daripada memberikan keceriaan kepada mereka, kami juga ingin menyampaikan mesej kepada semua bahawa warga emas tidak harus dilupakan, lebih-lebih lagi dihari lebaran.


Sepertimana tahun-tahun yang lepas, setiap kali bulan Ramdan, MYDIN akan menjual pelbagai jenis kurma untuk persediaan berbuka puasa. Kurma-kurma ini didatangkan khas dari Timur Tengah.


Selain daripada itu, bagi memudahkan para pengunjung MYDIN mendapatkan juadah untuk berbuka puasa, MYDIN mengadakan Bazar Ramadan yang terletak di dalam semua pasar raya yang menjual lebih daripada 200 juadah untuk berbuka. Juadah-juadah ini dimasak sendiri oleh chef MYDIN, yang dibuka setiap hari bermula 3.00 petang hingga 7.30 malam. Pelanggan bukan sahaja tidak perlu bersesak-sesak untuk membeli juadah berbuka puasa, malahan memudahkan para pelanggan yang datang membeli belah, tidak perlu tergesa-gesa pulang untuk membeli juadah di luar.


Girang Syawal Tiba 2018 ini juga, akan menampilkan koleksi-koleksi baju raya MYDIN yang pelbagai dengan jenama MIKAYLA untuk pakaian wanita & MIKHAIL untuk pakaian lelaki yang diperagakan oleh model dan artis-artis terkenal tanahair.


PERADUAN & AKTIVITI
Selain daripada menawarkan seleksi kurma, mengadakan Bazar Ramadan dan juga pelbagai koleksi pakaian hari raya, pelbagai aktiviti dan juga peraduan menarik akan dilaksanakan sepanjang bulan ramadan dan juga hari raya Aidilfitri.

Para pelanggan MYDIN sekali lagi berpeluang merasai bubur lambuk yang dimasak khas di MYDIN dan diagihkan kepada para pelanggan sebelum waktu berbuka puasa. Aktiviti memasak dan pengagihan bubur lambuk ini adalah dengan kerjasama daripada pembekal kami iaitu ADABI, BERAS JUARA dan MAGGI.

Selain daripada itu, sepanjang bulan Ramadan ini juga, para pelanggan MYDIN berpeluang menyertai aktiviti bersama artis tanah air seperti FAIZAL TAHIR, ANIS NABILA dan juga AMYRA ROSLI yang dibawakan oleh rakan pembekal kami iaitu GSK, MAGGI, DKSH dan juga P&G.

Terdapat juga kempen yang diadakan khusus bersama pembekal untuk para pelanggan seperti ‘purchase with purchase’ dengan kerjasama P&G, peraduan Jom Balik Kampung bersama Ambi Pur dan juga ‘Wow Bonanza Aidilfitri’ bersama NESTLE.

Peraduan Jom Balik Kampung, membolehkan pelanggan memenangi hadiah mingguan bernilai RM1,000 (Baucar MYDIN, Baucar petrol dan juga Touch n Go). Istimewanya juga sempena dengan Girang Syawal Tiba 2018 ini, para pelanggan berpeluang menukar mata ganjaran meriah kepada Air Asia BIG Point untuk menebus tiket kapal terbang. Kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan GRAB pula, mereka berpeluang mendapat diskaun tambang untuk ke MYDIN.

Kepada yang gemar mengambil gambar pula, bolehlah mengambil gambar di Photo booth yang disediakan di Mall, dan sertai Peraduan Instagram dengan #mydinmalaysia dan #girangsyawaltiba.


KAD KEAHLIAN PROGRAM MERIAH 
Sebagai pemegang Kad Meriah, para pelanggan berpeluang menikmati keistimewaan seperti harga istimewa untuk ahli, mengumpul mata ganjaran dan menebus baucar membeli belah MYDIN, diskaun daripada rakan niaga seperti hotel, taman tema dan juga restoran.

iMERIAH juga merupakan salah satu program yang ditawarkan kepada pemegang Kad Meriah, yang setakat ini tidak terdapat dimana-mana pasar raya lain kecuali MYDIN. Pemegang kad hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM600 di MYDIN dalam masa sebulan dan akan mendapat perlindungan takaful serta merta pada bulan berikutnya secara PERCUMA kerana kos perlindungan iMeriah ini ditanggung oleh MYDIN yang mana tiada kos dikenakan ke atas pelanggan

Apabila berlaku kematian ke atas ahli kad Meriah yang dilindungi, penama akan dapat berbelanja barangan keperluan bernilai RM300 setiap bulan di pasar raya MYDIN selama 12 bulan secara PERCUMA.

Sempena dengan Girang Syawal Tiba 2018 ini juga, MYDIN mengeluarkan Kad Meriah edisi terhad yang memaparkan gambar enam orang artis terkenal tanahair yang turut menjayakan Girang Syawal Tiba 2018. Istimewanya, harganya tetap RM12 sahaja.


AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
Di dalam kita menjalani ibadah berpuasa, dan sibuk membuat persediaan untuk menyambut hari raya, jangan dilupakan mereka yang kurang bernasib baik. Oleh itu, Setiap kali tibanya bulan Ramadhan dan juga hari raya, Mydin bekerjasama dengan NGO, Persatuan dan orang perseorangan, membawa anak yatim dan juga keluarga-keluarga miskin membeli pakaian dan persiapan hari raya di pasar raya MYDIN.



Perkembangan, Aktiviti dan Promosi MYDIN boleh didapati secara terus di: Laman Web : www.mydin.com.my
Facebook : www.facebook.com/mydinmalaysia
Twitter : www.twitter.com/mydinmalaysia
Instagram : www.instagram.com/mydinmalaysia

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!