ASICS GEL-KAYANO 25 BANTU TINGKATKAN PRESTASI PELARI


ASICS telah melancarkan kasut kebanggaan mereka yang dapat memberikan kestabilan, iaitu GEL-KAYANO™ 25. Ia telah menjadi penanda aras untuk prestasi pelari jarak jauh sejak tahun 1993.

Melalui pendekatan ASICS yang unik dengan reka bentuk menggunakan elemen kemanusian, sentimen dalam inovasi teknologi, serta dedikasi yang tidak berbelah bagi demi mencapai kecemerlangan, setiap kaedah penghasilan siri GEL-KAYANO ™ telah diperbaiki berbanding versi sebelumnya.

Ia juga dapat membantu peningkatan pretasi dan memberi perlindungan kepada para pelari. Siri kasut ini berjaya memecah rekod dalam kategori inovasi produk dan para pelari telah membuktikan ianya revolusi terbaik dengan menunjukkan prestasi mereka. GEL-KAYANO ™ 25 tidak terkecuali, menawarkan teknologi baru untuk kali pertama dari ASICS 'Institute of Sport Science (ISS).

Kenichi Harano, Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besar Kanan di ISS berkata: "Siri GEL-KAYANO ™ direka untuk memudahkan larian jarak jauh. Kami terus menerus mempertahankan matlamat ini selama 25 tahun dan beruasaha menghasikan siri GEL-KAYANO ™ yang lebih ringan dan lebih responsif, tanpa menjejaskan kestabilannya.”


GEL-KAYANO™ 25 GEL-KAYANO ™ 25 dengan ciri-ciri terbaru Propel Technologies iaitu FlyteFoam™ Lyte dan FlyteFoam ™, bekerjasama bagi memberikan perlindungan terbaik dan mempetingkatkan kestabilan untuk larian tanpa batasan.

Pendekatan ASICS terhadap perkembangan kepada produk bercirikan manusia-sentris telah lama dipelopori oleh pengasasnya iaitu Encik Kihachiro Onitsuka sejak tahun 1949.

Tahun ini pada 25 Mei,merupakan momen penting untuk ASICS kerana mereka akan meraikan ulang tahun Encik Onitsuka, juga menunjukkan bagaimana terbentuknya jenama ASICS dan pengaruhnya utnuk masa hadapan.

Paul Miles iaitu Ketua Pegawai Pemasaran, ASICS Corporation berkata: "GELKAYANO ™ 25 adalah produk yang membanggakan pengasas kami dan semuanya hanyalah permulaan kerana banyak lagi produk akan dihasilkan untuk kategori ini untuk beberapa tahun akan datang.


GEL-KAYANO™ 25 boleh didapati di semua cawangan dan laman web ASICS di Malaysia bermula 12Julai 2018 dengan harga RM640.55 sepasang.

Untuk maklumat lanjut mengenai ASICS, sila layari www.asics.com

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3