FASHFAB KUALA LUMPUR FEATURING LILY & ORKID



FashFab KL, bakal menampilkan jenama pereka baru dan Top Carouseller, Lily&Orkid di sebuah trunk show yang akan diadakan hanya satu malam sahaja.

Lily&Orkid mewakili dua sisi yang berbeza dalam seseorang wanita. "Lily" adalah lembut, sofistikated dan romantis manakala "Orkid" adalah lebih kuat, bertenaga, dan berani.



Ciri-ciri yang penuh kontras tersebut diterapkan ke dalam rekaan pakaian khas buat wanita yang gemar bergaya dan tidak berkompromi dari segi kualiti. Ia juga untuk wanita yang inginkan sesuatu yang ringkas tetapi dengan sentuhan keberanian.

Dianjurkan oleh Sneaky Zombie bersama Carousell, The Imaginarium dan Amber Chia Academy, para tetamu bakal dipersembahkan dengan putaran muzik merentas genre oleh DJ Jazzie Jay.



Tempat adalah terhad untuk 100 tetamu sahaja, di mana mereka akan dipersembahkan dengan busana yang diilhamkan oleh flora dan peluang bermesra dengan pereka di sebalik jenama tersebut.

Tetamu yang membeli tiket sebelum 31 Julai 2018 akan menerima hadiah eksklusif edisi terhad.




Tarikh: Khamis, 2 Ogos 2018
Masa: 8:00malam
Lokasi: The Imaginarium, Lot G362, Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor
Harga tiket: RM99 (Termasuk 2 minuman)
Laman Jualan Tiket: www.galactix.asia

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Sneaky Zombie di www.facebook.com/SneakyZ atau Carousell di www.facebook.com/carousell.my, atau muat turun aplikasi Carousell app dari Apple Store atau Google Play.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN