KOLEKSI KAPSUL GUESS ORIGINALS SUMMER 2018



GUESS memperkenalkan sub-label GUESS Originals, suatu konsep yang diilhamkan oleh arkib sepanjang 30 tahun label GUESS, rekaan kontemporari dan malar segar ciptaan pengasasnya, Paul Marciano.

Koleksi kapsul ini menampilkan 18 helai pakaian Originals untuk lelaki dan perempuan termasuk kemeja-T berlogo 90-an, old-school baseball jerseys dan sweatshirts, bodysuits dan dres yang berona terang ala pop 90-an dalam warna kuning dan biru aqua yang digandingkan dengan warna merah jambu, hijau dan tona kelabu.

Gaya oversized koleksi ini mengimbau teras GUESS yang menampilkan rekaan berbelang-belang dan logo-logo yang besar. Koleksi GUESS Originals Summer 2018 boleh didapati di kedai-kedai GUESS yang terpilih mulai 12 Julai 2018.
















Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

ASTRO DAN SUN NXT BEKERJASAMA BAWAKAN HIBURAN INDIA TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

BERMULANYA ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’ : KELUANG MAN MENGAKTIFKAN PENGALAMAN PERTAMA SUPERHERO MALAYSIA MELANGKAUI LAYAR