PEPSI BARU TANPA KALORI KINI DI TGV CINEMAS

Mr. Santharuban T. Sundaram (Kanan) dan Mr. Raymond Letchmanan

Pepsi, minuman kola dengan rasa hebat tanpa kalori kini boleh didapati di mana-mana cawangan TGV Cinemas di seluruh negara. Pepsi baru ini membolehkan penggemar wayang untuk menikmati minuman yang lebih sihat bersama snek pilihan mereka.

Digelar sebagai “Rasa Minuman Yang Dinanti”, Pepsi baru tersebut diperkenalkan pada awal tahun ini untuk warga Malaysia menikmati rasa kola yang lebih hebat tanpa kalori.

“Kami berasa teruja untuk membawa perisa alaf baharu Pepsi kepada para pengunjung TGV Cinemas di seluruh Malaysia. Kami tahu bahawa selain daripada bertih jagung sebagai snek kegemaran ramai, minuman yang menyegarkan boleh menyempurnakan pengalaman di pawagam.” ujar Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd.

“Sebagai penyedia minuman pilihan dan sebagai rakan niaga untuk sekian yang lama bersama TGV Cinemas, kami berbesar hati untuk menambah baik penawaran produk kami dengan Pepsi baru. Pengguna-pengguna kini boleh menikmati minuman tersebut bersama kombo pilihan mereka, atau sebagai ala carte untuk mengalami rasa minuman yang dinanti,” tambah beliau.

Untuk memastikan semua orang dapat menikmati rasa terbaru yang dinanti ini, warga Malaysia boleh mengakses titik sentuh interaktif yang bakal diperkenalkan seperti peti penyejuk interaktif Pepsi di lokasi-lokasi 7-Eleven yang terpilih dan mesin layan diri (vending machine) interaktif di stesen-stesen MRT yang terpilih agar anda boleh mendapatkan minuman berkarbonat tanpa kalori dengan rasa yang lebih hebat ini terutamanya sewaktu cuaca yang panas.

Para pengguna juga boleh mendapatkan Pepsi baharu ini dalam pelbagai saiz termasuk tin 320 ml, pek empat tin (320 ml), botol PET 400 ml dan botol PET 1.5 L. Produk ini tersedia di seluruh kedai runcit, pasar raya, dan kedai serbaneka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang kempen Pepsi yang akan datang, sila layari: http://www.etikaholdings.com/our-brands#Pepsi.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025