PUTRADE ALLSUITES TAWAR PENGINAPAN SERBA LENGKAP


Putrade Allsuites at Royal Perak Gold Club (RPGC), Ipoh kini telah membuka pintunya dan sedia menerima tetamu dari dalam dan luar negara. Ia menawarkan 36 buah unit Suites Apartment yang dilengkapi dengan segala kemudahan yang sofistikated serta eksklusif kepada semua tetamunya.



Lokasinya yang strategik iaitu berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta bersebelahan dengan Kelab Golf Diraja Perak, Putrade Allsuites at RPGC pastinya menjadi pilihan utama kepada penggemar-penggemar sukan golf.


Putrade Allsuites at RPGC menawarkan tiga jenis bilik iaitu dua unit apartmen tiga bilik dengan keluasan 1,208 kaki persegi; apartmen dua bilik (14 unit) dan apartmen satu bilik (20 unit) pada harga antara RM390 hingga RM590.


 Antara kemudahan lain yang disediakan di dalam setiap Suite adalah termasuklah jaringan internet tanpa had, peti keselamatan elektronik, sistem kad berkunci, penghawa dingin, mini bar, perkhidmatan makan di dalam suite, IDD telefon, televisyen satelit, katil tambahan, dan banyak lagi.


Selain itu juga, Putrade Allsuite at RPGC turut menyediakan perkhidmatan concierge dan kawalan keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan penghantaran / pengambilan ke lapangan terbang Sultan Azlan Shah.


Putrade Allsuite at RPGC menawarkan lebih banyak lagi kemudahan yang tidak boleh didapati di hotel-hotel lain.


Sepanjang tempoh penginapan, para tetamu hotel ini secara automatik boleh menggunakan segala kemudahan yang terdapat di Kelab Golf Diraja Perak termasuklah 18 hole championship golf course, driving range, gelanggang tenis, gelanggang squasy, kolam renang saiz Olimpik dan gimnasium.


Kemudahan ini pada asalnya hanya dibuka kepada ahli kelab sahaja, namun dengan konsep penginapan yang baru perkenalkan, orang awam juga boleh menikmati pengalaman sama seperti ahli sedia ada.


Selain itu, pelbagai pakej menarik telah disediakan oleh pihak Putrade Allsuites at RPGC bagi memenuhi kehendak pelbagai kategori tetamu.


Antaranya ialah pakej penginapan seminar untuk dua hari satu malam turut disediakan di sini dengan kadar bayaran sebanyak RM220nett seorang dengan syarat minimum penyertaan sebanyak 40 orang pada sesuatu masa.

Pakej ini disediakan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa syarikatsyarikat korporat, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang acapkali menganjurkan bengkel, kursus dan latihan untuk kakitangan masing-masing.


Selain daripada penginapan apartment, para tetamu juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang menyelerakan di Fairway Restaurant yang terletak di Aras 1, bangunan utama Kelab Golf DiRaja Perak.



Restoran ini menyajikan makanan yang dijamin 100% halal dan bukan sahaja menyediakan selera makanan tempatan malahan juga makanan antarabangsa.

Chef yang berpengalaman telah ditugaskan khas untuk memastikan makanan yang disediakan di Fairway Restaurant ini mampu memenuhi citarasa tetamu yang berkunjung.


Kemudan dewan acara untuk pelbagai aktiviti dan majlis juga turut disediakan. Dewan yang boleh menampung 700 orang tetamu pada satu masa ini dilengkapi dengan kemudahan dekorasi dan penataan cahaya yang pastinya mampu memikat hati tetamu yang datang. Dewan ini sesuai untuk dijadikan sebagai tempat majlis perkahwinan, persidangan dan acaraacara besar yang lain.



Untuk tujuan tempahan, sila hubungi +60 5 238 0022 atau emel ke inquiry@putradeallsuites.com dan boleh membuat tempahan atas talian melalui wakil agen atas talian seperti Agoda, Expedia dan Traveloka.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!