ALLIANZ HARGAI PELANGGAN DENGAN KONSERT JACKY CHEUNG



Pelanggan-pelanggan Allianz Malaysia, ini merupakan peluang keemasan anda untuk memenangi jemputan istimewa untuk menyaksikan A Classic Tour oleh Jacky Cheung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 6 Oktober 2018.

Sebagai penyampai rasmi konsert tersebut, Allianz Malaysia kini mengadakan kempen untuk pelanggan dari 16 Ogos hingga 21 September 2018 dengan 200 psang tiket untuk Kategori 2 (bernilai RM618 setiap satu) dan 15 pasang tiket Emas (bernilai RM988 setiap satu) untuk dimenangi.

“Jacky Cheung sangat disanjungi dalam kalangan peminatnya di Malaysia, dan kami ingin menghargai pelanggan kami dengan memberikan peluang eksklusif untuk mereka memenangi jemputan istimewa. Kami berharap mereka akan mengalami pengalaman yang menakjubkan dengan ‘God of Songs’ pada 6 Oktober,” kata Amy Loke, Ketua Pegawai Pengurusan Pemasaran Allianz Malaysia Berhad.

Untuk memenangi sepasang jemputan istimewa, individu yang memegang polisi Allianz kini bagi insurans hayat atau am (pada 31 Julai 2018) boleh layari allianzexclusive.com.my/classic-tour untuk mendaftarkan diri sebelum tarikh tutup pada 21 September 2018.

Pemenang-pemenang akan diumumkan dalam dua fasa, dengan fasa pertama pemenang (untuk 100 pasang tiket pertama Kategori 2) diumumkan pada 30 Ogos. Fasa kedua pemenang untuk baki 100 pasang tiket bagi Kategori 2 dan 15 tiket Emas akan diumumkan pada 26 September.

Semua pemenang akan dimaklumkan melalui emel. Sebagai salah seorang “Four Heavenly Kings” Hong Kong, Cheung kembali ke Malaysia susulan konsert yang habis dijual di Kuala Lumpur pada bulan Januari tahun ini.

Sepanjang 30 tahun lebih karier, beliau telah merakamkam lagu hits yang diingati ramai seperti Loving You More Every Day, Everlasting Love dan The Goodbye Kiss.

 

Untuk menyertai kempen ini, layari allianzexclusive.com.my/classic-tour. *Tertakluk kepada terma dan syarat.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM