[ COMFORT ZONE ] MALAYSIA MENYOKONG PROJEK AIR BERSIH

 
[ comfort zone ] telah melancarkan satu kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) global bertemakan “Air Mengubah Segalanya” untuk membawakan air kepada komuniti di seluruh dunia khususnya komuniti yang menghadapi masalah kekurangan akses kepada bekalan air.

Jenama penjagaan kulit dari Itali ini telah melancarkan produk dalam rangkaian [ comfort zone ] Hydramemory ke pasaran global diiringi oleh projek membawah bekalan air bersih kepada keluarga di Kemboja, justeru itu [ comfort zone ] Malaysia juga melaksanakan kempen yang serupa.

Luscious Solution Sdn Bhd, pengedar tunggal [ comfort zone ] di Malaysia, telah bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Hopes Malaysia untuk menyumbang 5% daripada hasil jualan rangkaian produk [ comfort zone ] Hydramemory, untuk membiayai projek air bersih di Kampung Takulung, Sabah.

Usaha CSR ini telah memberi peluang kepada 91% daripada komuniti Dusun Kadazan di Kampung Takulung dengan penduduk seramai 514 orang dan 44 buah keluarga, mendapat akses kepada air bersih.

Dana ini telah menyumbang kepada pembinaan satu sistem paip air sepanjang 3.5 kilometer dan 4 unit tangki air yang membekalkan 400 gelen air kepada komuniti itu.

Samuel Cheang, Pengarah Pemasaran Luscious Solution Sdn Bhd berkata “Air adalah mustahak untuk keperluan harian kita dan ia juga amat penting untuk kulit, badan dan kesihatan kita berfungsi dengan betul. Terdapat hampir 700 juta orang di seluruh dunia yang masih tidak dapat akses kepada air bersih, dan ini mengakibatkan impak besar ke atas masalah ekonomi dan sosial.”

Samuel Cheang menambah, “Kami amat berbangga sebagai wakil [ comfort zone ] di Malaysia, memandangkan jenama ini bukan sekadar mengamalkan kecantikan beretika dari segi pembangunan produk, pencarian sumber ramuan sehinggalah kepada pengeluaran dan pembungkusan; syarikat induk, Davines Group juga turut menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kami telah meluaskan lagi misi ini dengan satu visi bahawa industri kecantikan juga boleh memainkan peranan dalam menginspirasi orang ramai untuk menjaga persekitaran mereka, bermula dengan diri mereka sendiri, dan seterusnya mempromosi satu dunia yang lebih selesa untuk diduduki dan lestari.”

 Air adalah mustahak kepada manusia. Ia juga merupakan satu ramuan penting untuk penjagaan kulit. Masker [ comfort zone ] Hydramemory menggalakkan penghidratan intensif dengan pengedaran air yang optimal di seluruh lapisan kulit, menghidupkan kembali dan menguatkan fungsi penghadangan kulit.

Rangkaian produk Hydramemory diciptakan oleh [ comfort zone ] mengikut etos Kulit, Sains dan Jiwa jenama ini.



Mengenai Masker [ comfort zone ] Hydramemory Masker
[ comfort zone ] Hydramemory diformulasi menggunakan 97% ramuan asal semulajadi termasuk ramuan aktif seperti asid makro hyaluronik & minyak moringa yang diperolehi dari sumber dagangan adil.

Ia merupakan satu masker penutup bergel yang menyegarkan dengan kuasa kelembapan yang intensif. 3 minit adalah lebih daripada mencukupi untuk memberikan kulit yang berseri dengan serta-merta; pada masa yang sama menyerlahkan kulit yang lembab, licin & lembut dengan serta-merta.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.comfortzone.it

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!