iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR



Konsert anjuran MacpiePro, iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 Oktober (Sabtu), bermula pada pukul 6 petang.

iKON dianggotai oleh tujuh ahli iaitu, B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan. Huruf "C" dalam "ICON" digantikan dengan "K" bagi membayangkan bahawa anggota kumpulan tersebut mampu menjadi ikon Korea.

Tiket untuk konsert berharga RM693 (Zon IKONIC / INNER CIRCLE), RM673 (Zon Merah), RM573 (Zon Kuning), RM483 (Zon Ungu), RM373 (Zon Hijau) dan RM273 (Zon Biru).


Konsert sebuah lagi kumpulan K-Pop, Winner bakal diadakan pada keesokan harinya pada 14 Oktober di tempat yang sama, Stadium Malawati Selangor.

Menepati kehendak ramai iaitu "MUZIK TANPA TEKANAN", pihak MacpiePro menawarkan harga tiket yang berpatutan secara eksklusif kepada penonton remaja untuk hadir pada kedua-dua konsert tersebut kerana harga istimewa itu pernah ditawarkan dalam pesta muzik anjurannya sebelum ini.

Peminat yang berumur 18 tahun ke bawah layak menikmati harga istimewa RM98 untuk tiket berharga RM273 untuk kedua-dua konsert ini.

Tiket boleh didapati melalui www.ticketcharge.com.my mulai 12 tengah hari, mulai 23 Ogos 2018 untuk konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR. Untuk jualan tiket WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR, akan bermula pada pukul 2 petang pada hari yang sama.

Untuk 400 peminat pertama yang membeli tiket Zon IKONIC/INNER CIRCLE, atau 150 orang peminat pertama yagn membeli tiket Zon Merah, berhak untuk mendapat PAS SOUNDCHECK, manakala 280 orang peminat pertama yang membeli tiket Zon Kuning akan mendapat PAS SENDOFF untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan kegemaran masing-masing.

Selain itu, setiap pembeli akan mendapat poster rasmi juga. Semua itu bergantung kepada terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pastikan anda mengikuti @MacpiePro di Facebook dan laman web rasmi www.macpiepro.com untuk perkembangan terkini.

 

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA