INSPIRASI MANISAN DI “SELFIE MUSEUM” PERTAMA DI MALAYSIA



Suka berswafoto, makan dan merakam foto Instagram dengan rakan dan yang tersayang? Tidak perlu mencari jauh kerana “Selfie Museum” bertemakan pemanis mulut Malaysia yang pertama akan membuka pintunya kepada orang ramai di Fahrenheit 88 bermula 31 Ogos 2018.

“Kami teruja melancarkan “Selfie Museum” pertama di pusat bandar Kuala Lumpur dengan rakan kehormat. Muzium ini mempamerkan 9 bilik diinspirasikan daripada ukiran manisan mulut Malaysia bagi detik merakam foto Instagram yang menyeronokkan.

Pelawat akan menerima sejumlah 5 pemanis mulut secara percuma; kek cawan Sirap, aiskrim Baskin Robbins, tart Pisang dan minuman TeaLive. Ianya sesuatu yang baru di Malaysia dan inspirasi di sebalik semua ini adalah bagi membolehkan rakyat Malaysia mengalami sendiri perjalanan pelbagai rangsangan deria daripada penglihatan, sentuhan dan rasa.


Kami berharap untuk mengajak rakyat Malaysia pelbagai latar belakang untuk bersama-sama mencipta momen dan kenangan yang istimewa,” kata Sean Tan, Pengarah Selfie Museum.

“Selfie Museum” dengan saiz keluasan 7,000 kaki persegi, ditaja oleh jenama kegemaran antarabangsa dan lokal; Samsung, Pandora, Benefit Cosmetics, Baskin Robbins, Hotlink Red, TeaLive, llaollao, dUCk Scarves, dan Sos Cili Lingham.

Pelawat boleh merasai lima manisan Malaysia daripada lima bilik terpilih sambil merakan gambar bersama. Mendapat sokongan Fahrenheit 88 dan jenama usaha sama ternilai, “Selfie Museum” mensasar untuk menghubungkan orang ramai dan membawa rona, kegembiraan, keseronokan dan gelak tawa ke bandar raya Kuala Lumpur yang sibuk.


Bilik “Selfie Museum”: 

1. “The Giant Cakes” Room by Pandora 
Bilik ini mempamerkan pelbagai ukiran kek gergasi berwarna-warni. Pelawat boleh memilih kek cawan percuma dengan rasa lokal: Sirap atau Gula Melaka.

2. “Everything’s Sweet” Room by Benefit Cosmetics
Dipenuhi ukiran gula-gula dan manisan menambat mata, bilik ini menambah warna ceria pada foto anda. Pelawat boleh menikmati jagung lembut dan gebu atau marshmallow laici bila memasuki “Fluffy Path” yang indah untuk ke bilik sebelah.

3. “Fluffy Path” Room
Selamat dating ke Fluffy Path – bilik ini dibina untuk mempamerkan persaan kebahagian, selepas satu hari yang penuh dengan perayaan dan keriangan!

4. “Ice-Cream World” Room by Baskin Robbins
Bilik ini mempamerkan kon ais krim sebesar saiz sebenar dan sebagai ganjaran, pelawat akan menerima satu  percuma aiskrim Cold Brew Crunch atau Cotton Candy.

5. “dUCkies Café” Room by dUCk Scarves
Latar kafe yang sempurna untuk foto-Insta dengan Teh Ais ikat tepi bersaiz besar. Bilik ini ideal untuk semua untuk merakan foto swafoto beramai-ramai.

6. “Rainbow” Room
Unikorn magis sebesar saiz sebenar adalah bintang di bilik pelangi berwarna-warni ini. Rakam swafoto dengan unikorn comel ini selepas menikmati detik arca saiz besar yang padan untuk Instagram!

7. “Super Happiness” Room by SAMSUNG Galaxy
Inilah tempatnya untuk pelawat jadi ba-na-nas dan melompat di atas pisang gergasi untuk merakam gambar. Bilik ini ada 3 zon mempamerkan pengalaman interaktif yang berbeza menggunakan SAMSUNG Galaxy S9+.

8. “Splash Lab” Room by TeaLive & llaollao 
Kombinasi sempurna di bilik diinspirasikan daripada bubble tea dan yogurt. Ia mempamerkan arca gergasi minuman teh buih kegemaran Malaysia siap dengan pearl gergasi juga! Pelawat akan menerima secawan Roasted Milk Tea dengan cincau secara percuma untuk menghilangkan dahaga.

9. “Do-Nut-Stop” Room by Hotlink 
Bergembira dan rakam momen di kalangan donut gergasi di bilik ini. Pelawat akan menerima tart berselera tempatan secara percuma; dengan pilihan kelapa atau pisang – yang lazat; ia pasti buat anda enggan-berhenti dengan setiap gigitan.

Pelawat boleh membeli produk rasmi “Selfie Museum” buat kenangan di Fun Factory.

“Muzium ini direka untuk memberikan pengalaman pelbagai rangsangan deria yang pertama dan hanya momen Instagram terbaik disuntik dengan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Fahrenheit 88 dan jenama antarabangsa dan lokal yang hebat untuk menjadikan ia kenyataan dalam persekitaran yang kreatif, interaktif, menyeronokkan dan menambat kegembiraan. Kami mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih di atas sokongan mereka dan kerana menjadi sebahagian daripada projek ini. Kami berharap pengunjung tempatan dan pelancong akan bergembira di Selfie Museum,” tambah Sean Tan.


MAKLUMAT OPERASI
Durasi : 31 Ogos 2018 sehingga 28 Februari 2019 (6 bulan). Hari Operasi : Isnin ke Ahad (termasuk Cuti Umum).
Waktu Operasi : 10:00am ke 10:00pm setiap hari.
Harga Tiket Biasa : RM45 setiap dewasa, RM30 setiap kanak-kanak (di bawah 12 tahun). Pengunjung boleh membeli tiket secara dalam talian menerusi www.selfie.com.my dan menerima diskaun RM5.

PERTANDINGAN #SELFIELAH 
Bersempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-61, Selfie Museum akan mengadakan pertandingan media sosial - #Selfielah #Selfietogether yang bermula 31 Ogos sehingga 30 September 2018. Pelawat digalakkan untuk menyertai dengan merakam swafoto kreatif dan memuat naik ke Instagram dengan menggunakan tanda pagar #selfielah dan #selfietogether untuk berpeluang memenangi hadiah istimewa seperti Samsung Galaxy Note9 terbaru dan banyak lagi secara mingguan.

Untuk mengetahui lanjut mengenai Selfie Museum– Dessert Series, layari laman web kami di www.selfie.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI