JULIE’S ANJUR KEMPEN GANJARAN PELANGGAN SETIA BULAN MERDEKA



Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-61 pihak Julie’s menganjurkan kempen Ganjaran Kesetiaan kepada rakyat Malaysia terutama penggemar biskut dengan menawarkan beg pelancongan serbaguna edisi terhad kepada para pelanggan Julie’s bermula dari 15 Ogos hingga 15 November 2018.

Tujuan kempen ini adalah menghargai sokongan pelanggan setia Julie’s. Julie’s manawarkan edisi terhad beg melancong serbaguna yang boleh didapati dalam dua warna berbeza sebagai ganjaran kepada pelanggan setia Julie’s.

Para pelanggan Julie’s dikehendaki mengumpul 10 mata dari jumlah pembelian biskut Julie’s yang dinyatakan dalam kempen ini bagi melayakkan diri dalam menyertai penebusan beg pelancongan serbaguna edisi terhad.

Produk Julie’s yang menyertai dalam kempen penebusan ini adalah Biskut Sandwic Mentega Kacang, Biskut Sandwic Keju, Biskut Sandwic Lemond serta Biskut Oat 25.

Pengurus Kanan Jualan Julie's Malaysia, Dennis Swee Jing Wei, berkata “Kempen Ganjaran diperkenalkan untuk menghargai sokongan rakyat Malaysia terhadap Julie’s, yang telah menjadi Julie’s jenama biskut diantara yang terbaik di Malaysia.”

“Sebagai tanda penghargaan, kempen Ganjaran Pelanggan Kesetiaan dianjurkan dengan anggaran kos sebanyak RM300,000 khas bagi pelanggan setia kami. Para pelanggan disarankan untuk melayari laman rasmi Facebook Julie’s, laman web rasmi Julie’s (www.julies.com.my) untuk maklumat lebih lanjut tentang kempen penebusan beg melancong serbaguna edisi terhad serta akitiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Julie’s mulai sekarang hingga akhir November 2018.

“Sepanjang kempen ini berlangsung, kami akan menganjurkan sesi jelajah di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Pada masa yang sama, kami juga turut menyediakan cenderahati serta biskut dari Julie’s untuk dikongsikan kegembiraan bersama rakyat Malaysia” ujar beliau.

Sesi jelajah Julie’s akan bermula di Pasaraya Village Grocer, MyTown KL pada 20 September hingga 15 Oktober, Pasaraya NSK, Seremban 2 pada 21 hingga 20 September, Pasaraya Mydin USJ, Subang Jaya pada 21 September hingga 7 Oktober, Pasaraya TF Value Sg.Siput pada 2 Oktober hingga 7 Oktober, Pasaraya Pacific Kota Bharu, Kelantan pada 4 Oktober hingga 10 Oktober, Pasaraya Sunshine Farlim, Ayer Itam Pulau Pinang pada 15 Oktober hingga 21 Oktober; Pasaraya SOGO, KL pada 16 hingga 31 Oktober; Pasaraya Pacific Batu Pahat, Johor pada 1 November hingga 12 November dan Pasaraya LuLu, Kuala Lumpur pada 23 Oktober hingga 5 November.

Pelbagai tawaran hebat bagi kesemua produk Julie’s dan pelbagai akitiviti menarik akan berlangsung sepanjang sesi jelajah dijalankan. Para pelanggan berupaya untuk menebus beg melancong serbaguna edisi terhad di semua lokasi jelajah.

Encik. Dennis Swee berkata bahawa para pelanggan yang mengikuti sesi jelajah, berpeluang menyertai aktiviti dan memenangi pelbagai hadiah dan cenderahati berjumlah RM10,000 dengan setiap pembelian RM18 ke atas dalam satu resit. Aktiviti ini tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan.

Di samping menawarkan penebusan beg pelancongan edisi terhad, Julie’s turut berkerjasama dengan beberapa pasaraya dalam mengadakan peraduan eksklusif. Antaranya termasuklah Pasaraya Aeon pada 1 Ogos hingga 31 Ogos 2018, Pasaraya The Store & Pacific pada 15 Ogos hingga 30 September 2018, Pasaraya Econsave pada sepanjang bulan September, Pasaraya Tesco pada sepanjang bulan Oktober serta pasar raya Giant pada sepanjang bulan November.

Sempena hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2018, kesemua cawangan Pasaraya Aeon, Aeon Big serta Giant bakal memberi promosi beli satu (1) percuma satu (1) untuk biskut Julie’s Mentega Kacang 180g (Peanut Butter).

“Julie’s sentiasa mengamalkan budaya kasih sayang melalui teknik pengeluaran produk, tidak hairanlah mengapa biskut Julie’s sentiasa disayangi oleh para pelanggan. Sebagai sebuah syarikat yang amat menitikberatkan kemesraan serta nilai kasih sayang, kami akan terus menghargai pelanggan setia kami dengan pelbagai jenis aktiviti dan ganjaran yang menarik sebagai tanda penghargaan.” ujar Dennis Swee.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!