NEELOFA TERUJA MENJADI BARISTA STARBUCKS



Sempena bulan Kemerdekaan Malaysia, Satrbucks telah berganding tenaga dengan pelakon dan usahanita, Neelofa dalam kempen "MY Cups of Kindness" untuk menyebarkan perasaan murah hati terutamanya di kalangan penggemar Starbucks.



Dalam kempen tersebut, Starbucks akan menderma RM0.50 dari setiap cawan minuman Summer Frappuccino yang terjual di di kedai-kedai Starbucks seluruh Malaysia pada tarikh 1 Ogos untuk badan amal pilihan Neelofa.
 

Neelofa meluangkan masa di cafe Starbucks Reserve™ di Four Seasons Place untuk menyedia dan menghidangkan minuman Starbucks kegemarannya. Neelofa juga menulis mesej yang bermakna di atas cawan minuman yang dijual.

Neelofa menghidangkan minuman buatannya kepada En. Sydney Quays, CEO Berjaya Food Berhad dan Managing Director of Starbucks Malaysia & Brunei.
Kempen MY Cups of Kindness, kolaborasi antara Starbucks Malaysia dan Neelofa terhasil melalui tweet ringkas Neelofa di media sosial yang menyatakan hasratnya untuk belajar membuat minuman Starbucks kegemarannya.

Penglibatan Neelofa bermula apabila Starbucks Malaysia membalas pesanan tesebut dan menjemput Neelofa untuk menjadi barista dalam kempen MY Cups of Kindness. Neelofa adalah selebriti kedua dalam kempen ini yang telah dimulakan di Amerika Syarikat oleh Lady Gaga sebelum ini.



Dua minuman yang dipilih untuk kempen tersebut adalah Starbucks Apricot and Peach Yogurt Frappuccino dan Starbucks Ruby Red Grape Blended Juice Drink. Minuman berlapis ini adalah produk terbaru Starbucks Malaysia, yang baru dilancarkan pada 24 Julai 2018.


Apricot and Peach Yogurt Frappuccino (kiri) dan Ruby Red Grape Blended Juice Drink

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM