PEMENANG PERADUAN OSIM PANDU PULANG NISSAN X-TRAIL
Tan Eng Yong - Pemenang Hadiah Utama Peraduan OSIM Sayangi Ibubapa Anda. |
Terdapat dua kategori peraduan, di mana ia berlangsung bermula 18 April sehingga 1 Julai tahun ini, dianjurkan oleh OSIM Malaysia sebagai tanda penghargaan untuk pelanggan yang berbelanja di OSIM sempena hari ibu bapa.
Peraduan ini dianjurkan untuk menggalakkan pelanggan bagi meraikan hari ibu bapa (Hari Ibu pada bulan Mei dan Hari Bapa pada bulan Jun) dengan produk OSIM, memandangkan OSIM percaya bahawa produknya memberi manfaat kepada kesihatan semua orang, serta menjadi hadiah terbaik buat ibu bapa.
“Objektif kami adalah untuk meraikan rasa cinta dan sayang kepada ibu bapa, serta menunjukkan penghargaan kepada para pelanggan kami dan memberi ganjaran terhadap mereka di atas sokongan berterusan mereka selama ini.
"Peraduan ini telah mendapat sambutan hebat daripada para pelanggan kami. Pada saya, salah satu acara utama yang ditampilkan daripada peraduan ini, adalah mengenai kisah yang menyentuh perasaan daripada peserta peraduan yang memberitahu kami mengapa ibu bapa mereka layak mendapat kerusi urut OSIM. Terima kasih kerana berkongsi dengan kami kisah dan buah fikiran anda serta menyertai peraduan ini. Terima kasih sekali lagi untuk penyertaan anda semua. Kami akan mengetahui dengan segera siapa yang akan membawa pulang hadiah yang akan disampaikan hari ini di KLCC, " kata Pengurus Besar OSIM, Chia Sook Fun.
Para pemenang telah dipilih hari ini melalui beberapa pertandingan mudah di antara peserta yang disenarai pendek. Terdapat dua kategori dalam peraduan ini.
Di bawah Kategori 1 (Kat 1), mana-mana pelanggan yang membeli kerusi urut OSIM berpeluang membawa pulang Hadiah Utama Nissan X-Trail 2.5L CVT Aero Edition bernilai RM 170,362.
(Dari Kiri) Belle Lim Pin Kit, Mohd Hanif Bin Mohr, wakil Ong Ai Leng, Tan Eng Yong, Ms. Chia Sook Fun, Yee Tuck Seang, Lau Li Kung, Lee Ban Fatt, Zatul Nadiah |
(Dari Kiri): Belle Lim Pin Kit, Mohd Hanif Bin Mohr, Ong Ai Leng representative, Ms Chia Sook Fun, Lai Say Chin dan keluarga. |
Comments
Post a Comment