PENYERTAAN CANON PHOTOMARATHON KINI DIBUKA



Acara Canon PhotoMarathon Malaysia bakal kembali buat kali ke-12 pada 20 October 2018 (Sabtu) di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor. Penggemar fotografi dijemput untuk menyertai pertandingan fotografi yang mencabar ini untuk memenangi hadiah bernilai RM150,000 dalam tiga kategori yang dipertandingkan.

Seperti tahun-tahun yang lepas, pertandingan ini dibahagikan kepada tiga tema yang bakal diumumkan pada hari pertandingan. Jurugambar terkenal, Fazry Ismail, Chai Kok Leong dan Bonnie Yap bakal mengadili penyertaan tahun ini.

Para peserta juga berpeluang untuk menyertai acara‘Canon PhotoDrill’, di mana mereka boleh dapatkan panduan dan lokasi yang disyorkan untuk foto yang hebat. Satu peraduan Instagram juga bakal diadakan mulai 24 Ogos sehingga 23 September 2018.


Pendaftaran online Canon PhotoMarathon Malaysia dibuka mulai 21 Ogos 2018) di http://bit.ly/mycpm2018. Para peserta boleh menyertai dua kategori iaitu “Open/ Terbuka” atau “Pelajar/ Student”. Kategori “Varsity Challenge” pula hanya terbuka berdasarkan jemputan kepada pusat pengajian tinggi. Yuran penyertaan bagi kategori terbuka adalah RM30 manakala untuk kategori Pelajar, RM20. Pendaftaran "walk-in" turut dibuka pada hari acara pada 20 Oktober. Orang ramai yang berminat boleh hadir dengan peralatan kamera dan kad pengenalan atau passport di kaunter pendaftaran sebelum jam 9:00pagi. Yuran penyertaan "walk-in" adalah RM50 untuk kategori Terbuka dan Pelajar.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI