RIGHTSLEDGER BERI PELUANG PENGKARYA JANA PENDAPATAN

Dari kiri: Andy Toh, CEO of RightsLedger Asia Ltd (Labuan); Ray Young, CEO of RightsLedger Inc (US) & Terance Goh, CEO of RightsLedger Malaysia Sdn Bhd.

Kepelbagaian karya kreatif yang terhasil kesan daripada perkembangan media sosial telah membantu Facebook, Twitter dan YouTube untuk muncul sebagai medium paling berkuasa sebagaimana yang dapat kita saksikan pada hari ini.
Namun begitu, di sebalik perkembangan pesat industri hiburan dan media sosial di seluruh dunia, pencipta kandungan bebas yang bertungkus lumus menghasilkan karya berkenaan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Rata-rata pengguna media sosial juga tidak pernah menerima sebarang bayaran hasil daripada mana-mana iklan yang dijana menerusi penglibatan mereka.

Sebagai individu, mereka akan kehilangan hak ke atas karya mereka sebaik sahaja ia dimuat naik ke dalam media sosial dan tidak dapat menikmati hasil daripada karya mereka yang sangat berharga itu.

Menyedari segala cabaran dan isu yang berlaku, RightsLedger tampil bagi mengisi kelompongan untuk memperkasakan para pengguna dengan memberi kuasa kepada mereka untuk mengawal karya berkenaan.

RightsLedger telah membina asas untuk sebuah ekonomi tokenisasi kandungan digital yang berupaya memperkasakan pencipta kandungan bebas agar mereka dapat melindungi dan mengawal sepenuhnya karya mereka di dalam satu platform, termasuklah bagaimana ia digunakan, diedarkan, dilindungi, diuruskan dan pengewangan, serta memaklumkan kepada dunia siapa pemilik sebenar sesuatu karya itu.

“RightsLedger ialah sebuah pasaran hak cipta digital dan pendaftaran kandungan yang memberi keupayaan kepada pencipta individu untuk melesenkan dan menjana pendapatan daripada karya mereka, yang mana sebelum ini, ia hanya boleh dilakukan oleh artis profesional serta studio penerbitan sahaja,” kata Ketua Pegawai Eksekutif RightsLedger, Ray Young.

“Pengguna boleh memuat naik dan mendaftar gambar serta video mereka ke dalam blockchain untuk mengesahkan pemilikan mereka dan di situ mereka boleh memasuki pasaran global untuk melesenkan karya berkenaan kepada pengguna lain menerusi kontrak pintar yang memastikan penghantaran dan pembayaran segera,” tambah beliau.


Sebagai sebahagian daripada usaha pengembangan yang berterusan, RightsLedger telah melancarkan beberapa aplikasinya sendiri seperti Content Registry v1.0 aplikasi pendaftaran kandungan video, Licensing Deal Pad v1.0 aplikasi pelesenan video, Content Fingerprint (Alpha) aplikasi kandungan video dan Rights Token (RTK) aplikasi pembayaran dan ekonomi berasaskan ganjaran.

Syarikat itu juga melebarkan sayapnya dengan mewujudkan sebuah anak syarikat antarabangsa di Asia iaitu Ledger Asia Ltd (Labuan) serta mewujudkan beberapa kerjasama antarabangsa di dalam usahanya untuk berintegrasi dengan platform penstriman kandungan dan penghosan kandungan di seluruh dunia.

 “Kami telah melancarkan RightsLedger Asia untuk dijadikan sebagai hab antarabangsa bagi perniagaan kami, dan kami sedang berusaha untuk mewujudkan lebih banyak kerjasama menerusi aktiviti pengembangan di seluruh rantau ini. Berbeza dengan syarikat-syarikat blockchain lain yang masih lagi merangkak, kami telah pun mempunyai platform yang kini sedia untuk digunakan,” ujar Young.

Pejabat di Malaysia Untuk Menembusi Pasaran yang Kian Berkembang Pelancaran RightsLedger Asia turut dijalankan sempena dengan pembukaan pejabat RightsLedger Malaysia. Diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif tempatan, Terance Goh, syarikat itu yakin bahawa mereka mempunyai peluang yang secukupnya untuk membolehkan RightsLedger menembusi pasaran di Malaysia dan di rantau ini.

“Pasaran untuk kandungan kini bersifat global, dan RightsLedger sedang bergerak ke arah mengembangkan lagi penyelesaian dan pasaran globalnya bagi membolehkan para pencipta kandungan di seluruh dunia menjana pendapatan hasil daripada karya mereka,” kata Goh.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Transparency Market Research, pasaran pengurusan hak cipta global dijangka akan mencecah nilai lebih daripada dolar AS 9 bilion menjelang 2026 kerana peningkatan ketara dalam penggunaan modul pengurusan hak cipta digital.

Peningkatan jumlah pengguna Internet serta populariti platform media sosial turut memainkan peranan dalam penghasilan lebih banyak kandungan digital yang ingin dilindungi oleh pencipta kandungan bebas.

RightsLedger juga telah mencapai persetujuan dengan TRIO OTT, Max Pandora, dan VNow TV untuk melesenkan teknologi RightsLedger bagi kegunaan di dalam perkhidmatan yang disediakan oleh mereka.

Kerjasama itu membolehkan TRIO dan rakan strategiknya untuk mengedarkan kandungan digital ke seluruh dunia dan menyediakan perkhidmatan penstriman untuk kandungan digital RightsLedger.

Kerjasama itu merupakan sebahagian daripada strategi pelesenan pasaran tempatan RightsLedger selaras dengan pengembangan cawangan wilayahnya.

 “Kami berhasrat untuk mengulangi kejayaan RightsLedger Malaysia di dalam usaha kami untuk mengembangkan perkhidmatan ke semua negara di rantau ini termasuk Singapura, China, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam dan Kemboja,” tambah Young.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai RightsLedger, sila kunjungi www.rightsledger.io

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING