SAMSUNG BINA PUSAT KOMUNITI BESTARI SG. SIPUT


Visi Samsung - "Inspire the World, Create the Future" atau "Memberi Inspirasi kepada Dunia, Mencipta Masa Depan" bukan lagi sekadar impian - ia adalah janji Samsung untuk terus kekal menerajui teknologi supaya pelbagai komuniti dapat merasai pengalaman hidup melalui teknologi dan penyelesaian yang berinovatif.

Selepas Kempen Love & Care dilaksanakan tiga bulan lalu, Samsung Malaysia Electronics sekali lagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat orang asli dengan melancarkan Pusat Komuniti Bestari Samsung di kawasan pedalaman RPS Legap di Sungai Siput, Daerah Kuala Kangsar, Perak.

Misi kali ini adalah untuk memastikan komuniti tersebut mendapat peluang dan akses kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam dunia digital yang semakin pesat membangun.



“Dengan kemajuan dunia teknologi, pentas digital menjadi tunggak yang penting dalam proses pembelajaran masa hadapan. Ini adalah matlamat utama Samsung untuk memberi peluang kepada masyarakat supaya dapat sentiasa berhubung antara satu sama lain dan atas sebab itu kami sentiasa mencari jalan untuk membantu mereka yang memerlukan. Melalui Pusat Komuniti Bestari Samsung ini, kami percaya gerbang untuk merapatkan jurang antara penduduk di sini dan masyarakat arus perdana kini wujud," kata Kim Yoon Soo, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

Pelancaran Pusat Komuniti Bestari Samsung adalah usahasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi PETRONAS.

Pusat ini akan memberi manfaat kepada seramai 4,700 penduduk melalui beberapa produk Samsung seperti tablet yang telah dilengkapi dengan aplikasi pendidikan yang disediakan oleh UKM bagi membolehkan pelajar menimba ilmu dengan cara yang menarik dan menyeronokkan. Selain itu, TV 65 inci – “UHD Smart", monitor LED 24 inci, petisejuk, penyedut hampagas dan penghawa dingin juga telah dipasang untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan produktif.



Turut hadir pada majlis pelancaran Pusat Komuniti Bestari Samsung ialah Menteri Besar Perak, YAB Tuan Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu.

"Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha untuk membuat perubahan dalam kehidupan masyarakat umum. Terima kasih juga saya ucapkan kerana hasil dari inisiatif ini, penduduk RPS Legap kini boleh menerima pendidikan digital yang akan menjadi pendorong cita-cita mereka dan memberi inspirasi kepada mereka untuk pergi lebih jauh. Mari kita sama-sama terus menyokong agenda negara dalam menggunakan ICT ke arah mencapai matlamat negara yang mengutamakan pendidikan, dan bersama menjalankan tanggungjawab untuk membantu masyarakat ke arah Malaysia yang lebih baik," kata beliau.

Dengan penubuhan Pusat Komuniti Bestari Samsung ini, JAKOA menambah bahawa komuniti tersebut dapat berkongsi pusat komuniti yang menggabungkan teknologi dan pendidikan di bawah satu bumbung.

"Kami telah bekerja keras selama bertahun-tahun untuk menyediakan peluang yang lebih baik untuk orang asli dari segi pendidikan dan pekerjaan. Setiap orang mampu mencapai perkara yang hebat di dalam hidup jika diberikan platform yang betul. Saya setuju bahawa masih banyak yang perlu diusahakan, tetapi kami berbangga dengan apa yang telah dilakukan di sini bersama Samsung untuk penduduk RPS Legap," kata Tuan Saiful Zahlan bin Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah JAKOA.

Untuk melihat video Pusat Komuniti Pintar Samsung , lawati https://news.samsung.com/my/samsung-smart-community-centre-opens-new-possibilities-to-rps-legap-sungai-siputs-communities.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA