SEPUTAR MAJLIS MALAM GALA FILEM "MUNAFIK 2"



Majlis Malam Gala dan Tayangan Media filem yang dinanti-natikan, Munafik 2 telah berlangsung di MMCineplexes, e-Curve 27 Ogos lalu. Majlis juga dihadiri oleh pelakon-pelakon handalan filem tersebut iaitu Syamsul Yusof, Maya Karin, Mawi, Nasir Bilal Khan, Dato' Rahim Razali, pelakon Indonesia, Weni Panca dan juga penerbit filem, Dato Yusof Haslam.

Mawi turut mempersembahkan lagu tema filem Munafik, Menangislah secara akustik sebelum para jemputan masuk panggung.

Munafik 2 ialah sebuah filem seram dengan unsur-unsur Islamik arahan Syamsul Yusof dan merupakan kesinambungan daripada filem Munafik yang telah ditayangkan dalam tahun 2016.

Ia mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam yang berhadapan dengan kultus ajaran sesat yang diketuai oleh Abuja dan menyelamatkan seorang ibu tunggal, Sakinah dari cengkaman Abuja.

Filem ini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 30 Ogos 2018.

 Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh Team @Femagonline pada malam tersebut.













Comments

Popular posts from this blog

REVIEW: SAMBAL SIGNATURE CHEF WAN YANG MENGGELETEK LIDAH

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA