FENTY BEAUTY BY RIHANNA #DIAMONDBOMB



Sempena ulang tahun pertama Fenty Beauty by Rihanna, Rihanna telah mencipta dua produk baru yang akan meletuskan tekstur kilauan umpama batu berlian untuk anda.


GLOSS BOMB UNIVERSAL LIP LUMINIZER IN DIAMOND MILK ADDICTIVE SHINE, NOURISHING WEAR. UNIVERSAL FINISHING TOUCH. (RM90) 

Glos bibir terbaru ini menampilkan rona susu berkilauan yang dinamakan Diamond Milk. Ia dipilih oleh Rihanna sendiri untuk memberikan bibir yang berseri dan diperkaya dengan shea butter untuk melembapkan bibir dari dalam. Bibir akan tampak mungil dan lebih licin dengan formulasi tidak melekit dan mengandungi perisa buah pic-vanilla yang menjadi idaman.


DIAMOND BOMB ALL-OVER DIAMOND VEIL SUPERFINE 3D SPARKLE FOR FACE & BODY. INSANE DIAMOND-DUSTED EFFECT. (RM165)

Tambahkan seri pada wajah dan tubuh anda dengan Diamond Bomb. Produk ini diilhamkan daripada dres bertatah kristal yang dipakai Rihanna untuk ke majlis  CFDA Awards dalam tahun 2014. Ia menampilkan formulasi bedak-jeli yang unik yang akan cair apabila tersentuh kepada kulit.

Kedua-dua Fenty Beauty by Rihanna Gloss Bomb Universal Lip Luminizer in Diamond Milk dan Diamond Bomb All-Over Diamond Veil bakal berada di pasaran mulai 7 September 2018 di Sephora Malaysia dan Sephora.my.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO