JENAMA JILL STUART BEAUTY AKAN TIBA DI MALAYSIA
Rangkaian kecantikan JILL STUART Beauty yang berpangkalan di Jepun bakal diperkenalkan di Malaysia pada September ini. Jenama kecantikan itu adalah hasil idea pereka fesyen terkenal dari New York; Jill Stuart, dan KOSÉ Corporation.
Dengan slogan “Seksi yang Suci” atau "Innocent Sexy", JILL STUART Beauty dijangka akan menawan hati semua wanita. JILL STUART Beauty menawarkan hanya beberapa produk terpilih untuk acara eksklusif Sneak Peek, antaranya produk terlaris Mix Blush Compact, Ribbon Couture Eyes dan gincu kegemaran ramai, Lip Blossom Velvet.
Reiko Sekita, Pengurus JILL STUART Beauty berkata, "Ini merupakan satu lagi peristiwa penting bagi JILL STUART Beauty. Setelah pelancaran di Jepun pada tahun 2005, kami sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan kami bukan sahaja di seluruh Asia tetapi juga di seluruh pasaran Global. Kami sangat gembira melihat JILL STUART Beauty akhirnya datang ke Malaysia selepas melihat kejayaan pelancaran di Thailand pada 2016 dan Singapura pada 2018."
"Kami berharap wanita dari Malaysia akan menyukai JILL STUART Beauty kerana kami percaya wanita Malaysia sangat bergaya, rajin, bermatlamat serta feminin dalam pelbagai cara. Kami percaya mereka akan memberi respon baik kepada JILL STUART Beauty dan akan menerima jenama ini apabila mereka mengalami sendiri produk terlaris kami di SEPHORA. Kami juga sangat gembira bekerjasama dengan SEPHORA kerana mereka akan membawa produk secara ekslusif. Kami juga melihat potensi besar untuk pertumbuhan jenama ini dan mengharapkan, dalam beberapa tahun akan datang kami akan dapat membawa lebih banyak produk JILL STUART Beauty untuk pasaran Malaysia." tambah Reiko Sekita.
"JILL STUART Beauty menzahirkan citarasa tinggi yang dimiliki Jill Stuart dalam fesyen. Dia berjaya menonjolkan kesucian dan seksi yang boleh ada pada setiap gadis untuk mencipta "kecomelan" unggul yang menarik peminat JILL STUART Beauty. Mereka ini dikenali sebagai ‘Gadis Jill’ atau ‘Jill Girls'," tambah Reiko Sekita.
Rangkaian "Innocent Sexy" oleh JILL STUART Beauty adalah konsep yang merangkumi dua sifat wanita; comel dan kegadisan serta tampil feminin dan seksi. Fasa hidup wanita yang paling menarik adalah semasa mereka berada dalam tempoh peralihan dari seorang gadis ke wanita.
Apa yang menjadikan JILL STUART Beauty unik adalah kerana produk palet merah jambu yang mempunyai aroma buah-buahan dan bunga. Produk kecantikan tersebut datang dalam bentuk yang kecil dan mempunyai ukiran terperinci yang menyerupai aksesori dan ianya mudah dibawa.
JILL STUART Beauty akan dijual secara eksklusif di SEPHORA Suria KLCC dan boleh didapati di kedai dalam talian bermula dari 13 September 2018.
Untuk maklumat lanjut, layari www.jillstuart-beauty.com/en
Comments
Post a Comment