LAGU OST CRAZY RICH ASIAN “YELLOW” TAKLUKI CARTA SPOTIFY



Dalam tempoh kurang daripada sebulan sejak dikeluarkan di Malaysia (22 Ogos 2018), lagu saduran Coldplay berbahasa Mandarin yang dipetik dari filem Crazy Rich Asians, telah menduduki tempat teratas di dalam carta Spotify Viral 50 Global dan Malaysia.

Lagu single ini turut mencapai kedudukan juara di carta Viral 50 di USA, Canada  dan Hong Kong. Lagu ini dendangkan oleh Katherine Ho, seorang berbangsa Cina-Amerika berusia 19 tahun, yang pernah menyertai pertandingan nyanyian The Voice (US) Musim ke-10.


Lagu ikonik yang dimainkan di dalam babak romantis terakhir di dalam filem tersebut hampir tidak dapat dimasukkan ke dalam filem. Band penyanyi asal lagu tersebut memberikan kelulusan pada saat-saat terakhir untuk lagu tersebut digunakan dalam filem selepas membaca emel rayuan daripada Pengarah Jon M. Chu tentang pentingnya lagu tersebut terhadapkonumiti Asia.

Lagu ini dimuatkan di dalam runut bunyi asal filem Crazy Rich Asians yang juga boleh didapati di Spotify.



Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

SIPZZ BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI MALAYSIA – TUMBLER WARNA-WARNI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT

ELDON, JENAMA PHARM-D HEALTH SCIENCE, METERAI KERJASAMA DUTA JENAMA DENGAN SELEBRITI CHAN FONG AND HENLEY HII, RAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS