LAZADA ANJUR MERDEKA DAY & MALAYSIA DAY QUAYSIDE FIESTA




Portal membeli belah terbesar, LAZADA memberikan tumpuan terhadap jenama, penjual serta produk tempatan pada acara ‘Merdeka Day & Malaysia Day Quayside Fiesta’.

Terdapat beratus produk moden serta tradisional keluaran rakyat Malaysia yang terdiri daripada produk makanan serta kraftangan, hinggalah pakaian serta produk rumah dan kegunaan harian dipamerkan di Bazar LAZADA pada acara berkenaan yang diadakan di kawasan perbandaran milik GAMUDA LAND, twentyfive.7 di Kota Kemuning.

Bazar jualan itu diadakan dengan kerjasama syarikat pemaju hartanah GAMUDA LAND, dengan sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Beratus pengunjung telah membanjiri bazar itu bagi merebut pelbagai promosi serta potongan harga yang ditawarkan.

Terdapat 25 gerai sementara telah didirikan yang menampilkan penjual-penjual terpilih seperti MaryamBayam, Hanalluna, dan Pentec Online. Para pelanggan boleh membeli produk dengan mengimbas Kod QR LAZADA di gerai penjual berkenaan dengan kemudahan tambahan agar produk berkenaan dihantar ke rumah mereka.

Bazar itu menjadi platform yang tepat bagi menunjukkan kepada umum bagaimana LAZADA memudahkan penggunaan e-dagang untuk semua perniagaan serta individu.

“Terima kasih kepada rakan kami iaitu GAMUDA LAND dan MDEC, kerana mereka telah membolehkan kami untuk membawakan pengalaman membeli belah LAZADA yang disesuaikan mengikut keperibadian pengguna kepada pengunjung Merdeka Day & Malaysia Day Quayside Fiesta,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LAZADA Malaysia, Christophe Lejeune.

“Kami ingin menunjukkan bagaimana semua orang dari pelbagai lapisan masyarakat boleh bekerjasama dan menggunakan e-dagang untuk memperbaiki kehidupan mereka serta para pelanggan mereka. Kini semua orang boleh berniaga di dalam talian kepada sesiapa sahaja, tidak kira di mana mereka berada dengan LAZADA, ‘Everyone Can Sell’.

Raikan Merdeka dengan Pelbagai Aktiviti Menyeronokkan serta Makanan di Twentyfive.7
Merdeka Day & Malaysia Day Quayside Fiesta merangkumi medan selera Eat Drink KL yang menawarkan beraneka pilihan makanan yang enak dan bahan yang inovatif daripada pengusaha makanan dan minuman Malaysia seperti twentyfive.7 Malaysia Day Pops oleh Bijipops, kek buatan sendiri Sundaydotruck, sambal enak oleh Aiden Picnic, dan pulut mangga Markonah Food & Co.

Para pungunjung turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti keluarga yang seronok, permainan tradisional, tayangan ‘wayang pacak’ filem Ola Bola dan Hantu Kak Limah, serta persembahan penghibur tempatan Jimmy Pua dan tarian Mak Cik Satay.

“Di GAMUDA LAND, kami percaya bahawa teras utama bagi sesebuah perbandaran adalah komunitinya, di mana penduduknya saling mengenali antara satu sama lain, hidup dan berinteraksi sesama sendiri. Acara seumpama ini berupaya menyatupadukan penduduk di dalam suasana yang menarik dan memberi peluang kepada anggota kejiranan untuk saling berkenalan. Komuniti yang baik ialah komuniti yang saling mengasihi antara satu sama lain,” kata Pengurus Besar twentyfive.7 GAMUDA LAND, Chu Wai Lune.

“Untuk merapatkan hubungan antara ahli komuniti kami, GAMUDA LAND baru-baru ini melancarkan GL Friends, program kesetiaan untuk pelanggan kami, di mana mereka boleh menikmati pelbagai ganjaran, manfaat serta keistimewaan tambahan.”

“Kerjasama dengan rakan yang ternama seperti LAZADA, MDEC dan MyPride telah menjadikan acara ini lebih bermakna melalui perayaan yang bertemakan Hari Malaysia. Kami berharap agar acara seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan komuniti yang mendiami twentyfive.7,” ujar Chu.

Mengembalikan Maruah Golongan Terpinggir Menerusi Inisiatif MyPride 
Bazar LAZADA turut menjual beraneka kraftangan yang dihasilkan oleh banduan penjara Kajang, sehubungan dengan termetrainya Perjanjian Persefahaman antara LAZADA Malaysia dan MyPride Penjara – sebuah inisiatif oleh Jabatan Penjara Malaysia yang menyediakan peluang untuk golongan terpinggir membina kemahiran vokasional dan keusahawanan sambil menghasilkan produk berkualiti untuk kegunaan segenap lapisan masyarakat.

Kerjasama ini turut menyaksikan hasil kraftangan MyPride Penjara dijual secara dalam talian menerusi platform LAZADA Malaysia.

“Antara objektif utama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang akan membawa ekonomi digital Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi ialah membantu para peniaga untuk membuka kedai dalam talian mereka sendiri,” kata Naib Presiden Bakat dan Keusahawanan Digital MDEC, Sumitra Nair.

“Dengan adanya sokongan daripada pasaran seperti LAZADA, para peniaga dan pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia hari ini mendapat akses kepada platform serantau serta global. Kami akan terus memacu permintaan terhadap eksport Malaysia dengan meningkatkan kecekapan serta daya saing peniaga Malaysia dalam memenuhi keperluan e-dagang.”

“Banduan yang telah bertaubat dan menjalani hukuman mereka menghadapi kesukaran untuk mencari peluang pekerjaan dan pendapatan yang baik untuk mereka,” kata Penolong Kanan Komisioner Jabatan Penjara Malaysia, Haji Wan Ramzan Wan Ahmad.

“Platform e-dagang hari ini seperti LAZADA membolehkan golongan terpinggir membangunkan dan menjual produk mereka secara dalam talian tidak kira dari mana sahaja di seluruh dunia – juga dari rumah mereka sendiri. Atas usaha LAZADA dan MDEC, peserta My Pride kini boleh mencari sumber rezeki yang halal sekali gus mengembalikan maruah diri mereka dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna.”

“Kami sentiasa berusaha agar semua orang mendapat akses kepada e-dagang dan mengupayakan setiap usahawan untuk mencapai sepenuhnya potensi dalam talian mereka supaya #EveryoneCanSell,, tanpa mengira latar belakang atau lokasi. Kami berharap untuk meningkatkan kemampuan pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) apabila mereka memanfaatkan sepenuhnya konsep #EveryoneCanSell,. Salah satu contoh terbaik ialah program MyPride, yang menjual produk yang dihasilkan oleh para banduan di dalam kedai LAZADA. mereka. LAZADA telah memberikan platform serta bantuan kepada banduan untuk berniaga di dalam talian, meningkatkan lagi kesedaran tentang produk kraftangan kreatif yang dihasilkan oleh banduan kepada pasaran yang lebih luas,” jelas Lejeune.

Memupuk Usahawan Muda Melalui e-Dagang 
Inisiatif Bazar LAZADA dan MyPride Penjara di fiesta berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan LAZADA untuk membantu memupuk usahawan muda yang berinovatif.

Sejajar dengan mesej #EveryoneCanSell, LAZADA turut akan menganjurkan Seminar Peniaga e-Dagang di Malaysia pada bulan depan untuk mereka yang ingin belajar tentang keusahawanan dan cara untuk meningkatkan kemahiran mereka dengan peralatan pengetahuan yang betul serta ilmu pemasaran digital terkini.

Seminar berkenaan akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 25 dan 26 September 2018. LAZADA merupakan platform beli belah dalam talian terbesar di Asia Tenggara yang memperkasakan masyarakat untuk membeli dan menjual barangan menerusi e-dagang.

Pengguna boleh menikmati pengalaman membeli belah yang lancar dengan jenama dan penjual pilihan melalui aplikasi mudah alih LAZADA, yang boleh dimuat turun dari iTunes App Store atau Google Play Store.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai LAZADA, sila kunjungi www.LAZADA.com.my

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025