"NIGHTS OF FRIGHT 6" LEBIH NGERI DI SUNWAY LAGOON



Acara tahunan Nights of Fright (NOF6) kembali lagi ke Sunway Lagoon. Kali ini lebih dahsyat dan lebih menakutkan!

Dilangsungkan buat kali ke-6, NOF adalah festival ngeri yang paling besar dan menakutkan di Malaysia. Ia bakal diadakan dari 28 September sehingga 31 Oktober 2018, di mana Sunway Lagoon bakal membuka pintu kepada lapan rumah berhantu, empat zon menakutkan (scare zones) dan pelbagai aktiviti yang akan meremangkan bulu roma anda!


WENDIGO – THE LEGEND IN THE MIST adalah satu tempat di mana makhluk ngeri bertandang. Dalam kisah dongeng, Wendigo adalah makhluk halus yang suka memakan daging manusia. Walaupun sudah makan, ia masih sentiasa lapar dan ia akan datang untuk anda!


PHOBIA: COULROPHOBIA – THE FEAR OF CLOWNS akan meningkatkan lagi perasaan takut anda kepada badut-badut. Mereka tidak ceria atau pun kelakar. Di sini, mereka tidak akan membuatkan anda ketawa tetapi mereka akan membuatkan anda menjerit ketakutan. Dan hanya ada satu jalan keluar.


SLAUGHTERHOUSE 13 adalah rumah penyembelihan. tetapi bukan sahaja haiwan disembelih di sini. Dalam bilik sejuk, anda akan menemui mayat-mayat tergantung di sini. Lari!



Bolehkah anda menyelamatkan diri dari ZOMBIE ZOO? Haiwan-haiwan dan pekerja-pekarja zoo telah bertukar menjadi zombie dan mereka hauskan darah anda!



SCARYTALES THEATER adalah tempat kisah-kisah seram diceritakan. Dengarlah kisah Pontianak, Toyol dan Pocong dan pastinya mereka akan turut berdampingan bersama anda pada malam tersebut.

Siapakah yang anda akan hubungi di malam Halloween di New York? Who ya gonna call! The GHOSTBUSTERS akan berdepan dengan hantu-hantu yang berlum pernah ditemui di New York.

HORRORWOOD STUDIOS WAX MUSEUM OF MONSTERS menampilkan pelbagai watak seram dari filem. Jason, Freddy, Billy, dan Michael Myers bakal hidup di dunia nyata dan menghantui anda pada malam tersebut.



Atasi rasa takut anda dengan melihat GHOST FACE – THE FACE TO MAKE YOU SCREAM IN UV3D. Ada akan dikerumuni ribuan wajah-wajah seram di rumah ini!

Nantikan sumpahan dari ahli sihir, dukun dan bomoh di rumah JAMPI. Mereka akan menyebabkan mimpi ngeri anda menjadi nyata!

Kengerian diteruskan di ENCLAVE OF TORTURE di mana mangsa-mangsa ditetak, dipotong, dicincang, diseksa dan bermandikan darah!



NOF 6 bakal bermula jam 7.30 petang – 11.30 malam, setiap Jumaat – Ahad dari 28 September sehingga 31 Oktober 2018.

Tiket berharga RM52 (Diskaun Pembelian Awal 1 - 15 September 2018) dan RM69 (Harga Biasa).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 603 5639 0000, layari www.sunwaylagoon.com/nof6 atau ikuti www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA