CITARASA CINA HALAL @ RESTORAN CHINESE MUSLIM ABDULLAH



Gemarkan masakan Cina tetapi sukar untuk mencari restoran Cina yang halalan toyyiban? Anda pasti akan teruja dengan pembukaan Restoran Chinese Muslim Abdullah di Meru, Ipoh.

Restoran ini diusahakan oleh usahawan muda Cina Muslim bernama Muhammad Aiman Loh (gambar di atas). Restoran tiga tingkat yang terletak berhampiran Bulatan Amanjaya Meruraya, Ipoh ini menghidangkan lebih 100 jenis masakan Cina yang bukan sahaja enak tetapi halal.


Menurut Mohammad Aiman, menu yang ditawarkan adalah berdasarkan resepi turun temurun keluarga di mana pakcik beliau menjadi tukang masak dan mengawal selia penyediaan makanan. Beliau sendiri akan memastikan resepi yang disediakan ini menepati citarasa tempatan tanpa menjejaskan kesucian makanan yang dihidangkan kepada pelanggan.


Buat masa ini, hanya aras bawah restoran ini dibuka kepada orang ramai.
Restoran ini boleh memuatkan sekitar 160 orang pada satu satu masa apabila mencapai kapasiti penuh kelak.

Kemudahan yang bakal disediakan adalah dewan kecil, surau dan bilik untuk para ibubapa yang memerlukan ruang pengurusan anak kecil mereka.


Hidangan yang ditawarkan adalah ala masakan Kantonis yang lebih popular di kalangan masyarakat Melayu. Harga makanan yang disediakan juga tidak terlalu mahal untuk memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menikmati citarasa masakan Cina yang halal.


Apa yang istimewa tentang restoran ini adalah sos yang dihidangkan di restoran ini adalah buatan mereka sendiri. Mereka menawarkan pelbagai masakan ikan, udang, sotong, sirip ikan (vegetarian), ketam kulit lembut, abalon, ayam, tauhu, telur dan banyak lagi termasuk sup serta menu istimewa. Turut disajikan adalah hidangan individu seperti nasi dan mee.

Abalon -  makanan laut premium kegemaran kaum Cina

Ikan Asam Pedas

Ayam Lemon - sedap dan rangup

Tauhu Resepi Bonda

Sup Shark Fin (vegetarian) dengan Isi Ketam

Sayuran Campur Goreng

Nasi Goreng

Tauhu Special - lembut dan harum

Sayur Kobis Goreng

Isi Ikan Asam Pedas - enak dan mudah dimakan tanpa bimbangkan tulang ikan.

Hidangan Signatur - Sotong Ribut yang rangup dan lazat

Ayam Panggang

Ayam Marmite - Mesti cuba!

Jangan lupa untuk singgah di restoran ini jika anda bercuti ke taman tema MAPS (Movie Animation Park Studio) dan Meru, Ipoh.

Restaurant Chinese Muslim Abdullah
Alamat: No. 5 & 5a & 5b, Jalan Meru Bestari A14, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
Hotline: 019-516 9516
Waktu perniagaan: Jam 4.30 petang - 12.30 malam setiap hari kecuali hari Khamis.
Laman FB: https://www.facebook.com/restoranchinesemuslimabdullah/

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN