ULASAN FILEM: THE PREDATOR - LEBIH LAWAK DARI AKSI?



Seperti siri Aliens, The Predator adalah satu francais ikonik yang digemari ramai, tetapi mempunyai sekuel-sekual yang kurang berjaya menandingi filem asalnya.

Filem pertama The Predator dalam tahun 1987 meletup di pasaran, dengan aksi ngeri, jenaka one-liner dan karakter-karakter yang sukar dilupakan.

Filem terbaru ini mengisahkan makhluk asing pemburu, Predators telah menaik taraf diri mereka dengan DNA daripada spesis lain, menjadikan mereka lebih kuat dan dahsyat.


Seorang kanak-kanak lelaki dengan tidak sengaja telah mengundang kedatangan semula Predator kembali ke Bumi.

Apabila kanak-kanak tersebut ditangkap oleh Predator, ayah kepada budak tersebut, dengan bantuan bersama sekumpulan bekas askar dan seorang guru biologi cuba menyelamatkan budak tersebut dan seterusnya menyelamatkan bumi dari ditakluki oleh makhluk asing tersebut.


Malangnya sekali filem terbaru ini tidak dapat menandingi filem asalnya dari segi penceritaan walaupun ia sarat dengan babak CGI yang canggih dan penampilan Predator yang telah dinaiktarafkan.

Jika anda dahagakan aksi berdarah yang ngeri, tembak-menembak dan letusan anggota badan berkecai, filem ini memang tidak mengecewakan. Dengan rating 18, babak-babak ngeri dan kata-kata kesat tidak dipotong.


Apa yang ketara dalam filem ini adalah penonton cuba disogok dengan aksi lucu yang kadang-kala nampak kebudak-budakan. Contohnya, anjing Predator yang pandai bermain “fetch” dengan bom tangan.

Pengarah cuba mengembalikan aura filem Predator asal tetapi ia tidak berkesan. Mungkin beliau terlalu taksub untuk menyelitkan jenaka ke dalam filem dan ia agak terlajak, menyebabkan ia tampak seolah-olah seperti sitcom zaman 90-an. 

Keseluruhannya, jika anda inginkan aksi komedi, mungkin anda akan sukakan filem ini – memang lebih aksi, lebih ngeri. Bagi peminat-peminat The Predator yang asal pula, anda dinasihatkan janan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.




THE PREDATOR 
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 13 September 2018
Genre: Aksi / Pengembaraan / Seram
Durasi: 1 Jam 47 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Boyd Holbrook, Olivia Munn, Trevante Rhodes, Keegan-Michael Key, Jacob Tremblay, Thomas Jane Pengarah: Shane
Black Format: 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX, 4DX

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM