SUPERMODEL ADRIANA LIMA SERTAI KELUARGA PUMA
Jenama sukan global PUMA mengumumkan kerjasama jangka panjang bersama model antarabangsa, Adriana Lima.
Adriana bakal menjadi jurucakap dan wajah kepada kempen baru yang bakal diadakan untuk segmen pakaian latihan wanita (women’s training).
Dari pentas peragaan catwalk ke gimnasium, dari dunia fesyen ke arean sukan, Adriana Lima menjadi ikutan kepada jutaan peminatnya.
“People have seen me on runways and magazine covers – through this new partnership with PUMA, I want to share my personal training journey and what it takes for me to achieve a healthy balanced life.” - Adriana Lima.
PUMA mengambil berat tentang kekuatan, kelembutan dan keyakinan golongan Hawa. Salah satu matlamat jenama ini adalah untuk memperkasakan kaum wanita untuk mencapai matlamat hidup mereka.
Dengan bantuan Ariana, PUMA berharap dapat menyemarakkan semangat wanita di seluruh dunia untuk berusaha mencapai apa yang mereka idamkan dalam hidup mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti @PUMA, @PUMAPerformance dan @PUMAWomen serta layari about.puma.com.
Comments
Post a Comment