AMWAY LANCAR MINUMAN TENAGA XS TANPA GULA



Pengguna yang mengamalkan gaya hidup aktif kini boleh mendapat bekalan tenaga sepanjang hari dengan Minuman Tenaga XS, minuman tenaga tanpa gula jenama eksklusif pertama daripada AMWAY. 

Minuman Tenaga XS ialah minuman tenaga berkabonat tanpa gula dan rendah kalori yang boleh didapati di dalam tin 250ml dan didatangkan dalam dua perisa, Citrus Blast dan Cranberry-Grape Blast.

Minuman Tenaga XS Citrus Blast – Alami ledakan tenaga yang mampu bertahan sepanjang hari dengan rasa sensasi sitrus

Minuman Tenaga XS Cranberry-Grape Blast – Gabungan kemanisan anggur dengan rasa masam kranberi

“Minuman Tenaga XS kami yang baharu padat dengan letusan rasa yang enak bagi memberikan pengguna ledakan tenaga yang diperlukan oleh mereka untuk meneruskan gaya hidup aktif serta mencabar. Ia dapat memenuhi keperluan tenaga mereka yang mempunyai semangat mencabar dan mengamalkan gaya hidup aktif, yang sentiasa mencari sesuatu yang baharu serta pilihan yang lebih baik,” kata Ketua Pemasaran AMWAY Malaysia, Leong Kok Fong.

Kedua-dua perisa, Citrus Blast dan Cranberry-Grape Blast dihasilkan dengan menggunakan ramuan yang bermutu tinggi yang diperkayakan dengan vitamin B*

“Kami berasa sangat gembira kerana Minuman Tenaga XS yang baharu telah mencatatkan jualan yang amat menggalakkan sejak ia dilancarkan pada bulan ini. Kami menyasarkan untuk memperkenalkan perisa-perisa baru yang kini boleh didapati di negara-negara lain, yang mana kami percaya ia akan menyumbang kepada pertumbuhan keseluruhan AMWAY dalam kategori baharu ini,” jelas Leong.

Minuman Tenaga XS dijual secara eksklusif oleh Pemilik Perniagaan AMWAY (ABO) di seluruh negara dan boleh didapati dalam pek 24 tin pada harga RM150 bagi setiap pek. Dapatkan maklumat terkini mengenai #XSperience daripada akaun Instagram rasmi @XS_MSB. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.AMWAY.my/ atau hubungi AMWAY Malaysia di +603-7946-2800.   


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM