CALPIS PERKENAL MINUMAN SUSU KULTUR BERPERISA LAICI



Dalam usaha untuk menyebarkan kebaikan serat kepada warga Malaysia, Calpis, minuman susu kultur pertama di Jepun, telah memperkenalkan perisa terbaharu kepada rangkaian serat Calpis iaitu Calpis Fiber Laici. 
Calpis kekal komitmen terhadap matlamatnya untuk memupuk gaya hidup para pengguna yang lebih sihat dengan mengekalkan sistem pencernaan yang bagus dan sihat.

Calpis Fiber Laici tersebut merupakan tambahan kepada rangkaian serat Calpis sebelum ini iaitu perisa Asli dan Oren. Ia mengandungi ‘Polydextrose’, iaitu sejenis serat diet yang membantu meningkatkan bifidobakteria usus dan membantu mengekalkan microflora usus yang baik. Perisa terbaharu ini merupakan usaha inovatif dalam memastikan rakyat Malaysia memahami kepentingan ‘menggandakan kebaikan dari dalam’ saluran pencernaan dalaman mereka dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.


Pengenalan perisa Laici terbaharu ini diinspirasikan oleh kewujudan jenama Calpis yang diasaskan oleh Kaiun Mishima pada tahun 1904 ketika beliau mengadakan lawatan kerjanya di kawasan pedalaman Mongolia. Beliau mendapati majoriti penduduk di sana mengamalkan minuman susu kultur untuk mengekalkan kesihatan mereka. Penemuan ini telah mendorong beliau untuk menghasilkan minuman susu kultur pertama di Jepun pada tahun 1919. Malah selama 99 tahun minuman susu kultur ini menyajikan minuman kesihatan kepada orang ramai dalam penjagaan kesihatan dalaman.

“Calpis bukan sahaja minuman susu kultur yang lazat, malah ia juga amat baik untuk sistem penghadaman para pengguna. Berdasarkan sejarah kewujudannya yang begitu lama, tidak hairanlah jenama Calpis mampu berkembang dengan begitu pesat dalam tempoh yang amat singkat, berkat sokongan daripada warga Malaysia,” ujar Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd.

“Calpis akan terus berinovasi untuk menyebarkan kebaikan serat kepada para pengguna kami. Kami berharap agar para pengguna dapat menikmati kelazatan Calpis Fiber Laici terbaharu daripada rangkaian serat Calpis kami.” tambah beliau.

Bersempena dengan pelancaran perisa baharu minuman susu kultur tersebut, Calpis menggalakkan para pengguna untuk menyertai peraduan “Calpis Fibre Up & Win” bermula 1 Oktober 2018 lalu sehingga 31 Oktober 2018 depan, di mana peminat Calpis berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Para peserta hanya perlu membeli sebotol Calpis Fiber Laici 350ml dan sebotol Calpis atau Calpis Fiber 350ml/1L aneka perisa dalam satu resit di mana-mana cawangan yang mengambil bahagian serta menghantar penyertaan merangkumi maklumat resit dan butiran peribadi menerusi SMS, di samping menyimpan resit asal sebagai bukti pembelian.

Sepanjang peraduan tersebut, seramai 50 pemenang setiap hari akan diumumkan. 49 pemenang akan memperoleh wang tunai sebanyak RM100 manakala seorang pemenang bertuah pula akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500. Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM167,400 bakal menjadi rebutan para peminat Calpis! Segala maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Calpis Fibre Up & Win’ boleh diperoleh menerusi laman web Etika di www.etikaholdings.com/contest-and-promotions.

Tidak dapat dinafikan lagi, Calpis begitu aktif dalam menyebarkan kebaikannya di seluruh negara melalui minuman susu kultur dalam pelbagai perisa termasuk perisa Asli, Mangga, Anggur, Strawberi dan serat dengan rangkaian kurang gula dalam perisa Asli, Oren dan Laici. Terdapat dalam botol bersaiz 350ml dan 1L serta pek tetra bersaiz 200ml demi kepuasan para pengguna, minuman susu kultur tersebut bukan sahaja enak lagi menyegarkan malah mengandungi banyak kebaikan yang memastikan anda riang sepanjang hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai Calpis dan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan, sila layari www.etikaholdings.com.  

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM