H&M MALAYSIA LANCAR 25 WANGIAN BARU HOUSE OF NOTES



H&M melancarkan 25 wangian baru, hasil kerjasama dengan rumah wangian utama dunia, Givaudan.

Dengan pelancaran ini, H&M Malaysia menawarkan koleksi wangian yang lengkap termasuk EDP, EDT, body mist dan minyak wangi roll-on. Sebelum ini, hanya body mist sahaja boleh didapati di H&M Malaysia.

Koleksi 25 wangian ini terbahadi kepada tiga kumpulan utama: The Singles, 10 wangian yang diilhamkan oleh nota wangian tunggal seperti vanila; The Reveries, 10 campuran nota wangian dalam bentuk EDT dan body mist, untuk menzahirkan vibe yang spesifik seperti Flowerscape dan Way Past Midnight; dan The Essences yang menampilkan 5 campuran kompleks ramuan yang berkualiti tinggi seperti rose dan patchouli yang boleh didapati dalam bentuk EDP dan minyak wangi roll-on .

The Singles - Wangian bernota tunggal

The Reveries - EDT

The Reveries - Body Mist

The Essences - Roll On

The Essences - EDP

Wangian H&M dipasarkan dengan harga mampu-milik, di mana The Singles barharga hanya RM27.95 ke atas manakala produk paling mahal adalah The Essences, berharga RM109.95.

Koleksi House of Notes H&M boleh didapati sekarang di House of Notes Beauty Pop-Up berhampiran H&M 1 Utama mulai hari ini 17 – 21 Oktober dan juga di H&M Avenue K, H&M Sunway Pyramid, H&M IOI City Mall, H&M Gurney Paragon Mall Penang dan H&M Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru mulai 17 Oktober.

Comments

Popular posts from this blog

MALBATT MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH YANG MENELAN KOS RM20 JUTA BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR