PESTA BUKU BIG BAD WOLF TIBA DI PULAU PINANG
Pesta Buku Big Bad Wolf bakal singgah di Pulau Pinang dalam siri jelajahnya ke utara pada Oktober ini! Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menyertai pesta buku tersebut yang bakal berlangsung pada 4 hingga 14 Oktober 2018 bertempat di Aras 7, Gurney Paragon.
Pesta buku yang amat dinanti-nantikan ini akan berlansung selama 11 hari, bermula pada 10 pagi hingga 12 tengah malam. Masuk adalah PERCUMA, oleh itu pastikan anda tidak datang sendirian. Bawa rakan-rakan serta ahli keluarga dan berkongsi kemeriahan memburu buku kegemaran anda bersama-sama orang yang tersayang.
Digelar sebagai pesta buku terbesar di dunia, Pesta Buku Big Bad Wolf sememangnya amat terkenal kerana menawarkan diskaun yang tiada tandingannya. Bagi para pencinta buku, bersedia untuk menikmati diskaun 75% hingga 95% keatas beraneka pilihan buku. Para pengunjung boleh menemui buku yang terdiri daripada pelbagai genre seperti novel, sains fiksyen, jenayah, seram, buku perniagaan, reka bentuk dan kesenian, buku memasak, seni bina dan banyak lagi.
Para ibu bapa juga boleh menemui beraneka pilihan buku untuk kanak-kanak seperti buku kadbod tebal, buku cerita, buku aktiviti, buku remaja dan banyak lagi. Buku-buku yang ditawarkan di pesta buku berkenaan terdiri daripada tiga bahasa iaitu Inggeris, Melayu dan Cina.
“Kali terakhir Pesta Buku Big Bad Wolf diadakan di Pulau Pinang ialah pada tahun 2016. Semenjak itu, para peminat kami di Pulau Pinang sering mengalu-alukan kepulangan kami. Pada awal tahun ini, kami telah membuat keputusan untuk berkunjung ke seberapa banyak bandar yang mungkin, selepas Melaka, Ipoh, Kuching dan kini kami sedang menuju ke utara,” kata Pengasas Pesta Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap.
“Kami sememangnya berhasrat untuk berkunjung ke lebih banyak lagi bandar di Malaysia bagi memberikan akses yang lebih luas kepada orang ramai untuk mendapatkan buku pada harga yang berpatutan. Kami percaya bahawa buku mampu mencipta peluang, menjadi sumber inspirasi serta membentuk masyarakat yang lebih berwawasan,” tambah Yap lagi.
Terdapat buku yang sesuai untuk semua orang di Pesta Buku Big Bad Wolf. Para pengunjung boleh menemui buku-buku pendidikan keluaran penerbit terkenal seperti Kualiti, Sasbadi, PTS dan Pelangi, semuanya dengan potongan harga terhebat serta novel kontemporari Malaysia terbitan Buku Fixi, Lejen Press, DuBook Press dan banyak lagi.
Para pengumpul serta peminat barangan vintaj juga boleh mendapatkan beraneka pilihan poster dinding, lencana butang serta barangan eksklusif Big Bad Wolf pada harga yang rendah. Pesta Buku Big Bad Wolf telah berkunjung ke beberapa bandar di Malaysia sepanjang 2018 seperti Melaka, Ipoh, Kuching dan kini di Pulau Pinang.
Pastikan anda mengetahui bila pesta buku ini akan tiba ke bandar-bandar yang berdekatan dengan anda, agar anda tidak terlepas peluang untuk memiliki buku-buku hebat pada harga yang menakjubkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi laman Facebook rasmi Big Bad Wolf di https://www.facebook.com/bbwbooks/
Comments
Post a Comment