GORENGAN LEBIH SIHAT DENGAN PHILIPS AIRFRYER XXL

CFO of Philips Malaysia Lai Yen Leong bersama Marketing Director of Philips Personal Health Malaysia, Wendy Ho dan friends of Philips (Chef Fikree, Hui Mathews, Careen Tan) 

Adakah anda dan keluarga anda menggemari makanan bergoreng? Adakah anda menginginkan rasa enak yang sama namun sedang mencari cara yang lebih sihat untuk menikmati keunikan rasa makanan bergoreng? 

Hari ini, rakyat Malaysia semakin peka tentang makanan yang kita ambil. Walau bagaimanapun, kebanyakan makanan kegemaran tempatan adalah bergoreng, daripada ayam goreng berempah hinggalah ikan sumbat sambal, maka kita memang sudah biasa menggoreng makanan setiap hari. Ini bermakna, ramai rakyat Malaysia mengalami dilema ketika menyediakan makanan iaitu sama ada mahu menurut selera atau membuat pilihan yang bertanggungjawab demi menjaga kesihatan keluarga.

Go Seh Lei, product manager of Philips Malaysia dan Chef Marina Mustafa membuat demonstrasi masakan menggunakan Philips Airfryer XXL.

“Bagi ibu bapa, si kecil sering menjadi pengkritik makanan terhebat di dalam keluarga, dan apabila anak-anak amat menggemari makanan bergoreng, ibu bapa biasanya akan menurut sahaja kehendak mereka. Sementara ramai ibu bapa cuba memastikan hidangan yang disediakan dimasak sendiri demi menjaga kualiti serta bahan-bahan yang digunakan, namun ramai rakyat Malaysia yang sibuk lebih mengutamakan kemudahan apabila memilih makanan. Akan tetapi, makanan yang diproses mungkin mengandungi kadar kalori, lemak, gula dan garam yang tinggi. Kesannya terhadap kesihatan dapat dilihat apabila 47.7% orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes, di mana berat badan yang berlebihan merupakan faktor risiko besar bagi penyakit kardiovaskular, iaitu punca kematian nombor satu rakyat Malaysia tahun demi tahun.[1],[2] Terdapat keperluan yang mendesak untuk membantu rakyat Malaysia menyediakan hidangan sihat dengan cara yang lebih mudah,” kata Pengurus Negara Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel.


“Di Philips, kami menggabungkan pengetahuan mengenai keinginan pengguna dan pembangunan produk berinovasi bagi menawarkan kepada pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng yang boleh menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, dan kemudahan yang lebih besar dengan membolehkan mereka memasak lebih banyak makanan sekaligus dengan menggunakan Airfryer berkapasiti paling besar yang pernah kami keluarkan. 

Kami memahami bahawa para ibu bapa, terutama sekali ibu, amat mementingkan keupayaan menyediakan makanan yang sihat lagi enak, yang disediakan sendiri di rumah dan kami mahu membantu mereka melakukannya dengan lebih mudah,menggunakan peralatan dapur kami yang berinovasi,” tambah beliau.


Lebih besar – Masak lebih banyak hidangan enak
Peralatan yang perlu dimiliki untuk menyediakan hidangan yang enak lagi menyihatkan di rumah ialah Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99), Airfryer terbaharu Philips yang memudahkan anda memasak hidangan untuk seisi keluarga. Saiznya yang lebih besar direka khusus agar anda dapat menyediakan makanan yang secukupnya untuk seisi keluarga. Anda tidak lagi perlu memasak berulang kali untuk memenuhi selera semua orang! 

Anda boleh memasak seekor ayam bulat atau sehingga 1.4kg kentang goreng, cukup untuk 6 hidangan dengan sekali masak menggunakan Airfryer berkapasiti paling besar pernah dikeluarkan setakat ini.


Lebih menyihatkan – Menyingkir sehingga 50% lemak daripada makanan ketika memasak
Philips Viva Collection Airfryer XXL menawarkan pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng, dengan menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, terutamanya daging ketika dimasak tanpa menjejaskan rasa[3]. Ia merupakan Airfryer Philips pertama menggabungkan Teknologi Penyingkiran Lemak yang memberi tumpuan kepada pengurangan lemak di dalam makanan, menjadikannya alat menggoreng yang lebih sihat, berbanding teknik menggoreng tradisional seperti menggoreng minyak penuh dalam periuk serta menggoreng dalam kuali. 

Ciri Turbostar Berkembarnya yang terbaharu menggunakan 2,225W kuasa untuk menyingkir lemak dengan lebih berkesan, yang mana udara panas dipusarkan di dalam Airfryer bak puting beliung yang kuat di dalam keseluruhan ruangan bakul memasak bagi menyingkirkan lebih banyak lemak. Lemak itu kemudiannya diperangkap di bahagian bawah pan menerusi Penutup Pengurangan Lemak supaya boleh dibuang dengan mudah.

Anda boleh memanggang seekor ayam bulat sekaligus, atau menggoreng ayam untuk seisi keluarga, menyajikan hidangan sempurna yang rangup di luar dan lembut di dalam, menyingkirkan lemak namun pada masa sama mengekalkan rasa serta jusnya. 

Gemarkan kentang goreng? Dengan menggunakan Airfyer, anda tidak lagi perlu menggoreng kentang menggunakan minyak yang banyak, namun hasilnya yang garing tetap sama enak dan menyelerakan seperti biasa, walaupun digoreng menggunakan 90% kurang lemak[4]. Selain itu, rumah anda juga bebas daripada bau minyak goreng apabila memasak menggunakan Airfryer.


Lebih baik – Pelbagai guna dan memudahkan
Bagi mereka yang sentiasa sibuk, selain memasak, proses mencuci juga perlu mudah dan cepat. Untuk memudahkan para pengguna, Philips Viva Collection Airfryer XXL didatangkan dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak melekat boleh ditanggalkan agar ia dapat dicuci dengan mudah dalam hanya 90 saat. Semua bahagian yang boleh tanggal, seperti bakul dan bekas berbentuk laci yang disaluti dengan lapisan tidak melekat boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.

Kepelbagaian fungsi Airfryer XXL membolehkan pengguna memasak beraneka jenis makanan untuk hidangan yang pantas lagi enak buat seisi keluarga. Dengan kuasa 2,225W, ia adalah Airfryer yang paling berkuasa setakat ini, membolehkan anda memasak dengan lebih cepat[5]

Dilengkapi dengan fungsi pemanasan serta merta, Airfryer ini sedia untuk digunakan pada bila-bila masa, bermakna anda tidak lagi perlu menunggu peralatan menjadi cukup panas. Sama ada anda memilih untuk menggoreng, membakar, menggril atau memanggang, anda boleh menetapkan suhu daripada 80˚C hingga 200˚C. Untuk tempoh memasak yang lebih panjang, anda boleh menetapkan masa sehingga 60 minit bagi memberikan anda lebih kemudahan.

Untuk membantu pengguna baru, Airfryer XXL turut didatangkan dengan buku resipi yang menampilkan lebih daripada 30 hidangan enak yang disediakan oleh chef-chef profesional dengan arahan yang mudah difahami, daripada snek ringan hinggalah hidangan penuh untuk seisi keluarga. Mahu lebih lagi? Anda boleh mendapatkan lebih banyak panduan, tutorial serta resipi mudah diikuti menerusi aplikasi Philips Airfryer yang disediakan untuk peranti iOS atau Android anda.

Jangan lepaskan peluang melawat jerayawara ‘Philips Healthy Eating, Healthy Living’ pada 2 hingga 7 Oktober 2018
Sempena Hari Jantung Sedunia 2018, Philips Malaysia sedang menganjurkan pameran ‘Philips Healthy Eating, Healthy Living’ pada 2 hingga 7 Oktober 2018 bertempat di Atrium Tingkat Bawah, IPC Shopping Centre di Mutiara Damansara. Dapatkan Philips Viva Collection Airfryer XXL anda pada harga promosi RM1,499 di sini dan terima seutas gelang tangan pintar MiBand 2 bernilai RM109 secara percuma bagi membantu anda untuk memulakan gaya hidup yang lebih sihat dan cergas! 

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan di jerayawara berkenaan, yang pastinya akan menginspirasikan anda untuk mengamalkan gaya hidup serta diet yang lebih sihat. Kenali dengan lebih dekat dan dapatkan produk Philips yang berinovasi, rakamkan detik menarik anda di sana di Instagram, atau lakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Terdapat beraneka gerai yang menawarkan pelbagai permainan yang menyeronokkan di mana anda boleh mengumpul mata untuk menebus barangan menarik.

Harga dan ketersediaan
Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) boleh didapati pada harga runcit disyorkan RM1,699, berserta pan menggril dan satu set pencucuk makanan, di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery, The Gardens Mid Valley, dan Wangsa Walk, semuanya di Kuala Lumpur; di Sutera Mall, Johor Bahru; dan di Gurney Plaza, Pulau Pinang; juga di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; dan di kedai-kedai rakan peruncit dan pengedar di seluruh negara, serta melalui kedai dalam talian rasmi di Lazada di https://www.lazada.com.my/philips-official-store/.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99), sila kunjungi https://www.philips.com.my/c-p/HD9630_99/viva-collection-airfryer-xxl. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkain produk Philips di Malaysia, sila kunjungi www.philips.com.my





[1] Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan 2015, Kementerian Kesihatan Malaysia, http://iku.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/2015/NHMS2015CompiledPoster.pdf
[2] Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan 2015, Kementerian Kesihatan Malaysia, http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/2015/NHMS2015CompiledPoster.pdf
[3] Daripada 3 bahagian kaki ayam, dimasak pada suhu 180°C selama 24 minit
[4] Dibandingkan dengan kentang goreng segar yang disediakan di dalam penggoreng konvensional Philips
[5] Dibandingkan dengan penggoreng tradisional Philips 

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA