SINOPSIS SLOT DAHLIA TV3: ISTERIKU "MEM" BESAR



Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan yang amat besar seseorang perlu lakukan seumur hidup, ini kerana ianya bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh.
Perkahwinan melibatkan dua insan yang sanggup bertolak ansur dan kuat bersabar kerana mereka harus sentiasa bersama, tidak kira susah atau senang.

Ikuti kisah Azizi (Arash Mohd) dan Maziah (Amyza Aznan), pasangan yang telah lama berkahwin namun hubungan mereka berubah menjadi dingin kerana masing-masing mempunyai perspektif yang berlainan.


Azizi yang penat bekerja di kota bercadang untuk pulang ke kampungnya, dan bersara dengan aman serta ditemani oleh ahli keluarga tersayang. Namun, konflik bermula apabila isterinya Maziah tidak bersutuju dengan cadangan Azizi.

Baginya, gaya hidup mereka sekarang tidak sesuai untuk kehidupan kampung.


Berjayakah Azizi mencari ketenangan yang diidamkan olehnya selama ini? Adakah Maziah akhirnya akan bersetuju untuk berpindah ke kampung bersama seluruh keluarganya?


Dahlia: Isteriku ‘Mem’ Besar 
Tarikh Siaran : Setiap Sabtu & Ahad, bermula sejak 13 Oktober 2018
Masa Siaran : 6.58 petang – 8.00 malam
Pengarah : Dato’ Ahmad Tamimi Siregar
Produksi : A-Ten Alliance Sdn. Bhd.
Pelakon : Amyza Aznan, Arash Mohd, Mawar Rashid, Amirul Faqeem, Azhar Osman

Saksikan drama-drama hebat TV3 ini! Setiap drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.xtra.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM