TARIKAN MUSIM SEJUK UNTUK ANDA SEKELUARGA DI DUBAI



Dubai adalah sebuah destinasi percutian ideal untuk keluarga kerana ia terkenal dengan taman tema yang menarik, pusat membeli-belah bertaraf dunia, pelbagai pilihan makanan yang lazat dan pusat hiburan yang mengujakan seperti padang pasir yang penuh misteri.

Terdapat juga pelbagai aktiviti yang sesuai dengan bajet dan kehendak setiap keluarga yang mengharapkan percutian yang menarik dan menyeronokkan di Dubai.

Alami pengalaman percutian yang hebat dan tiada tandingannya bersama keluarga hanya di Dubai! Menurut penyelidikan laman tempahan hotel Agoda.com 'Trend Percutian Keluarga 2018', meluangkan masa berkualiti bersama keluarga adalah pemangkin terbesar di Asia, terutamanya rakyat Malaysia dan Singapura.

Kajian ini juga mendapati bahawa keluarga di Singapura dan Malaysia secara puratanya, mereka bercuti tiga hingga empat kali setahun. Dengan cuti musim sejuk yang hampir tiba, lawati Dubai untuk alami percutian yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan bersama keluarga.

Antara aktiviti yang harus dicuba dan dilawat semasa di Dubai:


Alami pengembaraan yang menarik di taman tema

Beberapa perkara boleh dibandingkan dengan taman hiburan untuk lawatan keluarga yang tidak dapat dilupakan. Dubai Parks and Resorts mempunyai lebih daripada 100 jenis permainan dan tarikan didalam dan di luar di ketiga-tiga taman tema iaitu MOTIONGATETM Dubai, Bollywood ParksTM Dubai, Legoland® Dubai dan Legoland® Waterpark.

Tempat-tempat ini adalah daya tarikan untuk para pengunjung mengalami pengalaman yang sukar dilupakan.

IMG Worlds of Adventure akan mengubah imaginasi pengunjung menjadi realiti 365 hari setiap tahun kerana ia membolehkan pengunjung mengimbau kembali pengalaman zaman animasi-animasi kegemaran anda.

IMG Worlds of Adventure direka khas bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil untuk meluangkan masa bersama. Taman tema dalaman yang terbesar di bandar ini (terbesar di dunia juga) akan memberi jaminan keseronokan dan keterujaan kepada anda. Terdapat empat zon menarik iaitu Cartoon Network, MARVEL, IMG Boulevard, dan Lost Valley – Dinosaurs Adventure yang akan membawa pengunjung melalui pengembaraan yang penuh animasi.


Aquaventure Waterpark adalah taman tema air yang terbesar di Dubai untuk semua peringkat umur yang juga mempunyai tarikan dan permainan yang mengujakan. Selain itu, ia juga merupakan salah satu taman tema air yang terkemuka di dunia! Dengan permainan seperti Leap of Faith yang berukuran 27.5 meter dan zipline terpanjang di rantau ini, Aquaventure Waterpark menjanjikan pengalaman yang penuh dengan keterujaan untuk pengunjung.


Para pengunjung juga boleh berenang bersama ikan jerung, beri makanan kepada Cownose stingrays, bermain dengan ikan lumba-lumba, bermandi di lazy river atau berehat di spa. Tempat ini menawarkan pelbagai permainan seperti tunggangan air, gelongsor dan aktiviti yang menarik.

Wild Wadi Waterpark adalah salah satu taman tema air yang terhebat di dunia. Ianya bertemakan watak Arab klasik, Juha. Ia juga mempunyai 30 tunggangan dan tarikan yang popular termasuk Jumeirah Sceirah, Burj Surj, Tantrum Alley, dan Wipeout & Riptide Flowriders. Pengunjung pasti akan dapat menikmati keseronokan sebenar bermain air di bawah sinaran matahari!


Berkelah di padang pasir dan menikmati aktiviti-aktiviti Emiriah 

Suka berkelah tetapi mahu keselesaan yang mewah seperti di resort? Platinum Heritage dan Arabian Adventures adalah yang dinanti-nantikan. Khemah padang pasir yang cantik dan selesa di Dubai menawarkan kelainan untuk keluarga pengunjung untuk menikmati alam sekitar, mempelajari budaya warga tempatan, dan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Menunggang unta seperti seseorang professional sambil menikmati masa berlalu. Memandu 4X4 di padang pasir sambil menikmati angin dipadang pasir. Menaiki belon udara panas dan terokai padang pasir Dubai yang penuh misteri.

Meluncur pasir di padang pasir menggunakan “wakeboard” bersama keluarga. Selain itu, para pengunjung juga boleh mempelajari budaya orang Emeriah sambil menikmati makanan, minuman, tarian dan muzik tradisional.


Mendekati hidupan liar di Dubai

Sama ada anda pengunjung pertama kali atau seorang peneroka yang berani, Dubai mempunyai banyak tempat untuk peminat hidupan liar dan pencinta alam.

Dubai Safari Park adalah rumah kepada hidupan liar eksotik dan adalah tempat yang terbaik untuk meluangkan masa dengan hidupan liar. Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian – Asian Village, African Village dan Open Safari Village, yang mencipta semula habitat hidupan liar yang berbagai dan unik termasuk 2,500 haiwan dari lebih 250 spesies seperti kijang Afrika, rusa, kucing Arab liar (Gordon’s wildcat) dan banyak lagi. Haiwan-haiwan tersebut tidak boleh didapati di mana-mana kecuali di bumi Arab!

Para pengunjung juga boleh lawati hutan hujan tropika yang mempesonakan iaitu di The Green Planet. Penuh dengan flora, fauna, haiwan dan reptilia, bio-kubah ini mempunyai empat tingkat yang menarik, bermula dengan terowong hutan banjir.

Di aras Canopy atau Tree House, pengunjung boleh bersantai di hutan hujan yang indah. Spesies hidupan liar yang menarik seperti sugar glider, sloth, burung toucan dan ular Rainbow Boa menunggu untuk bertemu dengan para pengunjung.


Bersantai di bawah cahaya matahari di pantai-pantai Dubai 

Lawati pantai Dubai untuk hari keluarga yang sempurna. La Mer adalah daerah tepi pantai yang terkini dan dilengkapi dengan pemandangan latar belakang langit bandar dan Teluk Arab.

Daerah ini merupakan tempat yang sempurna untuk bersantai bersama keluarga. Pengunjung boleh mengambil gambar bangunan ikonik, Burj Al Arab, dan terus ke Sunset Beach untuk menikmati pemandangan hotel paling mewah di dunia.

Selain daripada itu, terdapat juga pantai-pantai lain yang menarik seperti: The Beach at JBR, tempat yang menarik untuk menyewa sunbed, daybed atau cabana, dan menunggang unta; Black Palace Beach, digelar begitu kerana ia terletak berdekatan dengan istana-istana kerajaan; Al Mamzar Beach Park, sebuah oasis yang menyeronokkan dengan landskap taman permainan dan kawasan untuk ber-babeku; dan Kite Beach, yang dinamakan sempena aktiviti yang terkenal di sana iaitu layang-layang.

Tempah penerbangan dan penginapan dengan applikasi Visit Dubai! Tiada rahsia lagi bahawa semakin awal anda merancang percutian anda, semakin kurang kos percutian anda.

Sekarang adalah masa yang terbaik untuk bermula merancang percutian musim sejuk anda. Dengan aplikasi telefon pintar Visit Dubai, anda boleh cari, banding dan tempah tiket penerbangan dan penginapan yang murah dari syarikat penerbangan, agen pelancongan dan hotel.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dari AppleStore dan PlayStore. Manfaatkan percutian anda ke Dubai dengan aplikasi ini. Aplikasi percuma Dubai Calendar membolehkan penduduk dan pelawat di Dubai menerokai acara dan persembahan yang akan datang!

Dubai Calendar menyenaraikan lebih daripada 150 acara dan 35 acara ditambah setiap minggu yang memudahkan pengunjung untuk menyertai acara atau persembahan yang diminati di pusat bandar. Tiket boleh dibeli dengan mudah dan selamat melalui platform pembelian aplikasi.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3