WABAK ZOMBIE MENULAR DI LOST WORLD OF TAMBUN
Sempena pesta Halloween di bulan Oktober, taman tema Lost World Of Tambun (LWOT) bakal membawakan pengalaman yang meyeramkan kepada para pengunjung!
Bertemakan "Zombie Outbreak", pengunjung Lost World Of Tambun bakal menyaksikan zombie-zombie berkeliaran di taman tema tersebut!
Dari 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2018, pelbagai aktiviti yang seram tetapi menyeronokkan bakal menanti anda. Antaranya adalah Z Corner, Shoot the Zombie, Spooky Stories: Zombie Outbreak, dan tidak lupa aktiviti kegemaran kanak-kanak, Trick or Treat.
Pengunjung berpeluang memenangi hadiah-hadiah misteri apabila mereka memuatnaikkan gambar-gambar yang di ambil di lokasi Z Corner ke laman media sosial mereka dengan tanda pagar #SUPERSCARED.
Berpesta dengan tarian zombie setiap Jumaat sehingga Ahad dengan diiringi muzik pelbagai bergenre dari Kpop ke Hip Hop di Zombie Splash Party!
Untuk maklumat lanjut tentang Spooky
Halloween, sila layari www.sunwaylostworldoftambun.com atau laman Facebook di www.facebook.com/lostworldoftambun atau hubungi talian +605 542
8888.
Comments
Post a Comment