AKPK LANCAR KEMPEN BIMBINGAN MASYARAKAT "PAY ON TIME"
Dari kiri : Dato' Dr. Paul Selvaraj, Pn. Suri Hanim Mohamed, Mr. Azaddin Ngah Tasir and Ms. Kalpana Sambasivamurthy |
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melancarkan kempennya, Pay On Time, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini. Sekitar 100 orang menghadiri acara tersebut yang terdiri daripada rakan usaha sama, rakan stratregik, pihak berkepentingan, badan bukan kerajaan serta wakil media.
Kempen Pay On Time, yang merupakan satu usaha sama dengan Persatuan Bank-Bank
Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia
(AIBIM), adalah salah satu usaha
AKPK bagi mempromosikan pengurusan kewangan berhemat kepada masyarakat. Sebagai
sebuah agensi di bawah BNM, AKPK diberi mandat untuk meningkatkan literasi
kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Menanggapi sikap sebahagian rakyat
Malaysia yang culas dengan komitmen kewangan mereka, kempen ini bertujuan menekankan
kepentingan membayar bil dan pinjaman mengikut jadual demi kesejahteraan
kewangan mereka di samping itu menekankan bahawa kegagalan membayar mengikut
jadual hanya akan mensabatoj kedudukan kewangan mereka, kehidupan keluarga dan
diri mereka sendiri.
Dalam ucapannya, CEO AKPK,
En Azaddin Ngah Tasir memetik dapatan kajian oleh OECD (Organisation for
Economic Co-operation and Development) pada tahun 2016 bahawa hanya 55% rakyat
Malaysia membayar bil mereka mengikut jadual—25% di bawah purata dunia. Pada
2015, Asian Institute of Finance pula melaporkan 70% Gen Y yang mempunyai kad
kredit cenderung untuk membayar hanya bayaran minimum setiap bulan manakala 45%,
pada satu tahap, tidak lagi membayar hutang mereka mengikut jadual. Data AKPK sendiri,
berakhir 31 Ogos 2018, mendedahkan bahawa 40% daripada 230,000 individu
berhutang di bawah Program Pengurusan Kreditnya mengaku tidak merancang
kewangan mereka dengan baik.
Oleh itu, bagi mewujudkan
kesedaran tentang mustahaknya membayar komitmen kewangan mengikut jadual,
kempen ini akan menyiarkan siri kandungan yang informatif serta menyeronokkan
selama lapan (8) minggu sehingga 12 Disember 2018. Siri kandungan ini melibatkan
dua (2) video pengajaran pendek dan lima (5) infografik yang menerangkan tentang
akibat buruk jika seseorang itu lewat atau gagal membayar bil kredit kad,
pinjaman peribadi, pinjaman sewa beli, pinjaman perumahan dan kesannya kepada
laporan kredit (CCRIS).
Untuk menarik minat
masyarakat, kempen ini juga akan mengadakan tiga (3) permainan kuiz melalui
aplikasi kuiz secara strim langsung yang pertama kali dibangunkan secara lokal
di Malaysia, iatu LitLive. Dengan memuat turun aplikasi ini, pengguna akan
menerima notifikasi berkenaan permainan kuiz secara strim langsung ini yang
akan diadakan pada 31 Oktober, 28 November dan 12 Disember. Permainan kuiz yang
menanyakan soalan-soalan trivia dan soalan-soalan tentang siri kandungan kempen
ini menawarkan hadiah tunai sehingga RM15,000.
Hasrat kempen ini adalah
untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesan negatif apabila lambat
atau tidak membayar bil atau pinjaman mereka. Di samping menunjukkan minat
terhadap kandungan kempen serta menanam azam baru untuk membayar komitmen
kewangan mengikut jadual, kempen ini juga mengharapkan lebih ramai orang
menggunakan khidmat kaunseling kewangan percuma AKPK. Melalui bimbingan yang
betul tentang bajet perbelanjaan untuk memulihkan aliran tunai, misalnya, lebih
ramai yang akan mula berupaya untuk membayar komitmen kewangan mereka mengikut
jadual.
Di penghujung pelancaran
kempen, para hadirin khusyuk menyaksikan tayangan perdana dua (2) video kempen
Pay On Time , “Itulah Jadinya” dan “Nantilah” sebelum mereka seronok mencuba
aplikasi LitLive pula dalam satu demonstrasi yang menyaksikan pemenang bertuah
menerima hadiah saguhati. Acara kemudiannya berakhir dengan satu sidang akhbar.
Untuk menonton kedua-dua video ini serta
mendapatkan kelima-lima infografik kempen Pay On Time, ikuti #payONTIME di laman
FB AKPKofficial setiap Rabu. Kedua-dua video juga boleh diakses melalui pautan:
http://bit.ly/PAYONTIMEvideos.
Bagi yang berminat untuk mendaftar ke sesi kaunseling percuma dengan AKPK, anda boleh mendaftar melalui pautan: http://bit.ly/potDMP. Jangan lupa untuk menyertai kuiz Pay On Time secara strim langsung untuk peluang memenangi hadiah tunai sehingga RM15,000.
Muat turun aplikasi LitLive melalui: http://www.litlivenow.com dan dapatkan notifikasi berkenaan tarikh dan masa permainan kuiz melalui telefon pintar anda.
Bagi yang berminat untuk mendaftar ke sesi kaunseling percuma dengan AKPK, anda boleh mendaftar melalui pautan: http://bit.ly/potDMP. Jangan lupa untuk menyertai kuiz Pay On Time secara strim langsung untuk peluang memenangi hadiah tunai sehingga RM15,000.
Muat turun aplikasi LitLive melalui: http://www.litlivenow.com dan dapatkan notifikasi berkenaan tarikh dan masa permainan kuiz melalui telefon pintar anda.
Comments
Post a Comment