BOOST MEMANGKIN PENGANGKUTAN AWAM TANPA TUNAI
Boost, aplikasi e-dompet tempatan,
memangkin pendigitalan dan menyatukan cara orang ramai menempah dan membeli
tiket pengangkutan awam di Malaysia. Boost menjadikan pengangkutan awam lebih
mudah, tanpa tunai dan senang diuruskan dengan hanya menggunakan satu aplikasi
e-dompet sahaja menerusi kerjasama dengan KLIA Ekspres, KTM, CatchThatBus,
EzCab dan citycarpark.
“Kami
bersama-sama dengan rakan kongsi berharap untuk memacu evolusi pengangkutan
awam di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Sebelum ini, kebanyakan transaksi
dilakukan berasaskan tunai dan merupakan sesuatu yang agak menyukarkan. Kini,
menerusi kerjasama ini, perjalanan pengguna akan menjadi bertambah lancar.
Mereka boleh meletakkan kenderaan dan menggunakan perkhidmatan e-hailing, dan
kemudiannya menaiki tren antara bandar KTM atau menaiki KLIA Ekspres ke
lapangan terbang, semuanya dengan hanya menggunakan satu aplikasi sahaja,” kata
Ketua Pegawai Eksekutif Boost,
Christopher Tiffin.
“Dengan
Boost, rakyat Malaysia kini dapat membuat perjalanan tanpa tunai dengan hanya
beberapa langkah mudah. Tawaran ini tiba tepat pada masanya kerana pada
kebiasaannya kaunter tiket akan menjadi sesak akibat pertambahan pelancong
menjelang musim cuti,” tambah Tiffin.
Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail
Link Sdn Bhd (ERL), Noormah Mohd Nor berkata, “Pelanggan kami hari ini mahukan
pilihan produk yang lebih banyak dan penyelesaian pembayaran yang inovatif.
Kerjasama kami dengan Boost sejajar dengan misi kami untuk menyediakan system
pembayaran yang lancar dan selamat, dan berupaya memperbaiki pengalaman
pelanggan. Dengan penyertaan Boost, pelanggan kini boleh menggunakan Boost
untuk membeli tiket KLIA Ekspres di kaunter tiket, di dalam talian dan juga
menerusi aplikasi Boost.”
Kerjasama ini akan memudahkan pengguna
Boost untuk:
- Membayar parkir di dalam Kuala Lumpur yang diuruskan oleh citycarpark dan melanjutkan tempoh letak kenderaan melalui aplikasi Boost
- Membeli tiket bas daripada CatchThatBus melalui aplikasi Boost
- Membeli tiket KLIA Ekspres melalui aplikasi Boost
- Membeli tiket tren antara bandar KTM di dalam laman sesawang KTM dengan menggunakan e-dompet Boost mereka
- Membeli makanan dan minuman daripada Brahims di dalam tren ETS KTM
- Membayar perkhidmatan e-hailing EzCab menggunakan aplikasi Boost mereka
Di dalam usaha Boost untuk memperluaskan
lagi rangkaian peniaga serta rakan kongsinya, langkah untuk memasuki industri
pengangkutan awam bakal mewujudkan pengalaman digital yang lebih menyeluruh
kepada para pelanggannya di samping memudahkan perjalanan jutaan pengguna pengangkutan
awam.
Dengan lebih 3.2 juta pengguna setakat ini dan hampir 50,000 peniaga di dalam dan di luar talian di seluruh negara, Boost telah merevolusikan cara orang ramai menjalankan urus niaga di dalam dunia digital hari ini, menjadikan pembayaran tanpa tunai e-dompet lebih diterima ramai.
Tiffin menegaskan, “Sebagai jenama
tempatan, kami sentiasa mencari rakan kongsi dalam kalangan organisasi serta
perniagaan yang mempunyai aspirasi yang sama seperti kami untuk menjadikan
Malaysia sebagai masyarakat digital. Itulah yang menjadikan kerjasama ini
sangat signifikan – kami bersama-sama dengan rakan kongsi kami akan
mendigitalkan perkhidmatan berasaskan tunai yang kerap digunakan oleh jutaan
rakyat Malaysia agar mereka mendapat manfaat daripada kemudahan penggunaan,
kelancaran dan keselamatan yang kami tawarkan.”
Sebagai sebuah aplikasi gaya hidup,
pengguna Boost boleh menjalankan pelbagai perkhidmatan, daripada membeli tambah
nilai dan baucar digital serta menghadiahkannya, hinggalah kepada melakukan
pemindahan wang secara percuma dan juga perkongsian pembayaran bil dengan ciri
pembahagian bil yang unik. Pengguna Boost boleh membayar bil utiliti serta
tempat letak kenderaan di dalam Kuala Lumpur dan menikmati ganjaran kembalian
tunai segera melalui ciri “Shake” yang pastinya akan mewujudkan pengalaman
menggembirakan dan mengasyikkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang https://www.myboost.com.my/. Dapatkan maklumat terkini mengenai Boost di media sosial dengan menggunakan hashtag #Homegrown #Gocashless #BoostIt #BoostApp.
Facebook: https://www.facebook.com/myboostapp/
Instagram: https://www.instagram.com/myboostapp/.
Comments
Post a Comment