MASTER Z: THE IP MAN LEGACY BAKAL KE PAWAGAM 25 DISEMBER



Setelah dikalahkan oleh Ip Man, Cheung Tin Chi (Zhang) hidup dalam tertekan dan malu. Sementara Tin Chi cuba untuk menjauhkan diri daripada masalah, dia berhadapan dengan Davidson (Bautista) ketua penjahat di daerah Wan Chai.

Tin Chi terpaksa bertarung dengan seni Wing Chun untuk mempertahankan diri dan mendapat penghormatan dari dibuli penjajah. Bintang aksi Zhang Jin memainkan watak Cheung Tin Chi, seorang pengamal seni pertahan diri yang menentang hubungan korupsi antara polis penjajah Barat dan seorang peniaga heroin semasa zaman kolonial Hong Kong. 

"Saya seorang generasi yang menonton filem aksi Hong Kong. Kerana minat filem kung fu, saya mula belajar seni mempertahankan diri," kata Zhang. 

"Filem aksi Hong Kong memainkan peranan dalam membiarkan orang di seluruh dunia memahami kung fu dan mencapai keajaiban apabila membuka era untuk filem-filem kung fu," kata pelakon itu. 

"Seni bela diri bukan sekadar alat yang digunakan untuk filem, tetapi ia sendiri merupakan satu bentuk seni."

 

Filem: Master Z: The Ip Man Legacy
Genre: Aksi
Bahasa: Kantonis
Pengarah: Yuen Woo Ping
Pelakon: Max Zhang, Dave Bautista, Tony Jaa, Michelle Yeoh, Chrissie Chau, Liu Yan, Kevin Cheng, Patrick Tam
Tarikh Tayangan: 25 Dis 2018
Pengedar Filem: Lotus Five Star


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM